Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

BN minta DAP tegur ahli keluar kenyataan hina Agong susulan pengampunan Najib

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

BN minta DAP tegur ahli keluar kenyataan hina Agong susulan pengampunan Najib

Feb 06, 2024 | 12:58 PM



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) meminta ‘ketegangan’ dan pertikaian terbuka beberapa ahli dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) khususnya daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Najib Tun Razak dihentikan.


Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN meminta pemimpin utama PH khususnya DAP menegur ahlinya yang didakwa mengeluarkan kenyataan sehingga menghina Yang di-Pertuan Agong, berkait keputusan pengampunan ke atas mantan Perdana Menteri Malaysia itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata mereka juga perlu menggesa individu berkenaan supaya menurunkan semua kenyataan berkaitan di media sosial serta meminta membuat permohonan maaf.

“Saya minta agar ketua parti menegur ahli parti yang berkenaan itu untuk menarik balik, memadam tulisan mereka dan memohon maaf atas keterlanjuran itu.

“Saya harap perkara itu akan dapat meredakan dan menghentikan kekeruhan, jika ada,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Beliau ditemui pada Majlis Amanat Menteri kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Datuk Zahid, yang juga Presiden Umno, menyifatkan kenyataan dikeluarkan individu berkenaan bukan pendirian rasmi partinya.

“Tetapi kita meneliti pendapat yang dikeluarkan individu tertentu dalam organisasi itu. Dalam Umno pun ada kacang hantu (nakal dan suka mengganggu) yang begitu.

“Tentunya mana-mana organisasi politik ada yang begitu. Namun selagi ia tidak dikeluarkan oleh pemegang jawatan utama atau ketua parti itu, kita tak anggap ia sebagai pendapat rasmi (parti),” katanya.

Beliau berkata pendapat yang pelbagai dikeluarkan pemimpin politik dalam parti kerajaan sendiri, terhadap keputusan pengampunan Najib, tidak memberi kesan atau menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Sebagai satu gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, kita mesti menyantuni perbezaan pendapat. Tetapi kita menaruh penuh hormat kepada kepimpinan utama parti kerana ia akan menjadi pendirian parti itu,” ujarnya.

Bekas setiausaha publisiti DAP, Encik Tony Pua, antara yang disiasat polis Malaysia berkait kenyataannya yang didakwa menghina Agong dan menghasut orang ramai membenci institusi diraja, berkait keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Najib.

Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan mantan Agong Ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah, pada 29 Januari lalu memutuskan pengurangan hukuman penjara dari 12 tahun kepada enam tahun dan denda dari RM210 juta ($59.75 juta) kepada RM50 juta terhadap Najib, yang disabit kesalahan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >