Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siapakah Al-Jolani, pemberontak Syria yang gulingkan Assad?

Dec 9, 2024 | 2:47 PM
Encik Abu Mohammed al-Jolani ialah ketua kumpulan Islam Hayat Tahrir al-Sham Syria yang mengetuai serangan kilat pemberontak sehingga berjaya  merampas Damsyik daripada kawalan tentera pemerintah Syria.
Encik Abu Mohammed al-Jolani ialah ketua kumpulan Islam Hayat Tahrir al-Sham Syria yang mengetuai serangan kilat pemberontak sehingga berjaya merampas Damsyik daripada kawalan tentera pemerintah Syria. - Foto AFP

DAMSYIK: Keluarga Assad telah memerintah di Syria selama lebih setengah abad tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini hanya menguasai sebahagian dari negara itu.

Serangan mengejut pemberontak telah menggulingkannya lebih sedekad selepas pemberontakan pertama kali mencabar cengkaman kuasa Presiden Bashar al-Assad.

Beliau melarikan diri dari negara itu ke Russia.

Perkembangan seterusnya akan berpunca daripada bagaimana pembangkang yang berbeza boleh bersatu dan bagaimana pihak berkepentingan asing mengeksploitasi kekosongan kuasa yang dicipta.

Di sebalik kejayaan pemberontakan itu ialah Encik Ahmed Al-Sharaa, atau lebih dikenali sebagai Encik Abu Mohammed al-Jolani, yang mengetuai serangan kilat bagi menggulingkan Encik Assad.

Penawanan Damsyik diketuai oleh Pertubuhan untuk Pembebasan Levant (HTS) yang secara tiba-tiba meletakkan pemimpinnya, Encik Al-Jolani dalam kedudukan yang sangat berpengaruh dengan potensi bercakap mengenai masa depan Syria.

HTS adalah pengganti Barisan Nusra, yang merupakan gabungan Al-Qaeda, kumpulan yang bertanggungjawab bagi serangan 11 September ke atas Amerika Syarikat.

Encik Al-Jolani menyertai al-Qaeda di Iraq selepas pencerobohan Amerika dan telah ditahan dan dipenjarakan oleh Amerika di sana.

“Saya berumur 18 atau 19 tahun. Saya mula berfikir ketika itu bagaimana saya boleh menjalankan tugas mempertahankan negara yang dianiaya oleh penjajah dan penceroboh,” katanya.

Encik Al-Jolani dipercayai mengetuai kira-kira 15,000 pejuang dan dijangka menumpukan pada pembinaan tadbir urus tempatan di bandar yang baru ditawan, termasuk ibu kota Damsyik, Aleppo, Hama dan Homs.

Pejuang daripada kumpulan yang disokong Turkey, dikenali sebagai Barisan Pembebasan Nasional, juga telah menyertai HTS.

Terdapat baki penyokong setia Encik Assad yang – dengan bantuan Russia, Iran dan kumpulan Hezbollah – sehingga kini berjaya mengehadkan wilayah yang dikuasai oleh kumpulan militan kepada kira-kira sepertiga negara itu.

Apa yang berlaku kepada mereka adalah persoalan terbuka kerana mereka seolah-olah dibubarkan dalam beberapa hari.

Kemudian ada Tentera Kebangsaan Syria. Ini adalah kumpulan pemberontak yang disokong Turkey yang bekerjasama dengan pemberontak lain dalam serangan ke atas rejim.

Mereka bukanlah kumpulan yang bersatu padu tetapi kelihatan berkongsi matlamat yang sama untuk menggulingkan rejim.

Pemain lain ialah Unit Perlindungan Rakyat, atau YPG.

Ia adalah sayap bersenjata Parti Kesatuan Demokratik Kurdish Syria, yang memperjuangkan kuasa autonomi untuk Kurd Syria dan telah menunjukkan kesediaan untuk bekerja dengan mana-mana kuasa yang mampu memajukan matlamat itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg