Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang PBB: S’pura luah kebimbangan mendalam krisis Gaza yang semakin teruk

Dec 16, 2023 | 04:05 PM



Singapura meluahkan kebimbangan besar terhadap krisis kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza dan menekankan keperluan agar gencatan senjata segera dilaksanakan.

Menyatakan demikian semasa berucap di sidang semula Sesi Darurat Khas, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 15 Disember, Duta dan Wakil Tetap Singapura ke PBB di New York, Encik Burhan Gafoor, berkata:

“Saya ingin menggariskan sekali lagi keprihatinan Singapura terhadap situasi kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, yang telah menyebabkan kehilangan ribuan nyawa orang awam yang tidak bersalah.”

Menurut beliau, situasi kemanusiaan di Gaza telah merosot dengan ketara – dengan lebih 18,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dan sehingga 1.9 juta orang dilaporkan kehilangan tempat tinggal, iaitu sekitar 85 peratus penduduk di Gaza.

Wakil dari lebih 20 negara telah berucap pada sidang yang berlangsung selama tiga setengah jam pada 15 Disember, menyuarakan sokongan ke atas ketetapan PBB pada 12 Disember yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan yang terperangkap dalam krisis itu.

Antara wakil negara lain yang berucap dan memberikan sokongan terhadap ketetapan tersebut termasuk dari Indonesia, Malaysia, Kemboja, China, Denmark, Sweden, Ireland dan Qatar.

Sesi darurat itu diadakan selepas Amerika Syarikat pada 8 Disember menolak gesaan untuk gencatan senjata.

Singapura, sebagai penaja bersama ketetapan itu telah menyertai kumpulan 153 negara yang menyokong ketetapan bertajuk ‘Perlindungan Orang Awam dan Menegakkan Kewajipan Undang-Undang dan Kemanusiaan’ itu.

Ketetapan itu diterima pakai semasa Sesi Khas Tergempar (ESS) Ke-10 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) yang disambung semula dengan 153 undi menyokong, 10 menentang manakala 23 lagi berkecuali.

“Singapura menyokong gesaan yang dibuat dalam ketetapan ini bagi gencatan senjata kemanusiaan segera; ini penting bagi menyediakan bantuan kemanusiaan yang mendesak dan tanpa halangan kepada orang awam di seluruh Gaza,” kata Encik Burhan.

Beliau menambah Singapura turut berasa kecewa kerana Majlis Keselamatan tidak dapat menerima pakai draf ketetapan kemanusiaan yang dikemukakan oleh Amiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu, yang juga telah ditaja bersama oleh Singapura.

Meskipun Singapura berpendapat bahawa Israel mempunyai hak mempertahankan rakyat dan wilayahnya, Encik Burhan bagaimanapun menegaskan dalam melaksanakan hak negara itu untuk mempertahankan diri, Israel perlu mematuhi sepenuhnya undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Ini bermakna bertindak balas secara berkadar, ini bermakna mengelakkan pembunuhan orang awam secara sewenang-wenangnya, dan ini bermakna mengelakkan hukuman kolektif atau pemindahan besar-besaran orang awam,” tambahnya.

Beliau juga meluahkan rasa “kesal” bahawa ketetapan PBB yang diterima pakai pada 12 Disember tidak mengutuk atau merujuk kepada serangan Hamas pada 7 Oktober yang mencetuskan krisis ini. 

Encik Burhan menegaskan Singapura akan terus berpegang pada pandangan bahawa satu-satunya jalan berkesan ke arah penyelesaian yang akan bertahan, adil serta komprehensif kepada krisis ini ialah penyelesaian dua negara yang dirundingkan, selaras dengan ketetapan Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Menekankan sokongan Singapura terhadap hak rakyat Israel dan Palestin untuk tinggal dalam sempadan yang selamat dan kedua-dua rakyat Palestin dan Israel berhak hidup dalam keamanan, keselamatan dan bermaruah, Encik Burhan turut menambah:

“Kami menyeru pemimpin dari kedua-dua pihak untuk menunjukkan kepimpinan, menahan diri dan mengambil langkah yang sukar tetapi perlu ke arah penyelesaian dua negara.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >