Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang puncak Apec: M’sia dan Australia berbeza pendapat tentang perdagangan bebas

Nov 17, 2018 | 04:00 PM



PORT MORESBY: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohaman berkata negara-negara perlu meyemak semula penyepaduan ekonomi dan penyejagatan kerana ia mencicirkan sebahagian orang dan mencetus ketidaksaksamaan.



Dalam ucapannya di Sidang Puncak Kerjasaman Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Papua New Guinea pada Sabtu (17 November), Dr Mahathir menggesa peruntukan medan perdagangan lebih setara antara negara kaya dan negara membangun.



“Manfaat perdagangan adil dan bebas, serta penyepaduan ekonomi telah terburai, yang ditunjukkan oleh Brexit dan perang perdagangan antara ekonomi utama,” kata Dr Mahathir.



“Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China telah membesarkan lagi gangguan yang menjejas perdagangan kita.”



Namun, Perdana Menteri Australia Scott Morrison, dalam ucapannya, mempertahankan prinsip perdagangan bebas.



“Saya tahu ada persoalan sah berkenaan rancangan perdagangan,” kata Encik Morrison.



“Namun huraian bagi amalan perdagangan yang dianggap kurang adil lebih berkemungkinan diperolehi di meja rundingan daripada huraian yang melibatkan pembinaan semula dinding tarif.”



“Kita perlu menumpukan usaha untuk mendesak dan menyakinkan warga kita tentang manfaat domestik perdagangan bebas.”



Ucapan Encik Morrison itu dianggap sebagai rujukan ketara kepada perang perdagangan yang kian genting antara Amerika Syarikat dengan China, serta sikap perlindungan yang disokong Presiden Amerika Encik Donald Trump.


“Kita sedang menyaksikan amalan perlindungan perdagangan dan ketidaktentuan kewangan yang meningkat, dalam sebahagian ekonomi membangun,” kata Encik Morrison. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >