Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Simpanan RM30,000 nenek untuk tunai haji habis dimakan anai-anai

Jul 26, 2023 | 06:18 PM



Lebur begitu sahaja, simpanan duit haji selama 10 tahun oleh seorang nenek berusia 70-an dimakan anai-anai.

Mendedahkan demikian di Facebook, pengguna Khairul Azhar berkata sebanyak RM30 ribu ($8,800) bagi tujuan menunaikan haji habis dimakan anai-anai.

“Separuh saya dah serahkan kepada Bank Negara Malaysia. Kalau masih ada rezeki. Separuh lagi tak dapat diselamatkan.

“Bukan rezeki nenek nak ke Mekah,” tulisnya.

Beliau menambah ini merupakan pengajaran agar duit yang banyak tidak disimpan di rumah.

Menurut portal berita mStar, Encik Muhammad Khairul Azhar Mat Nawi, 31 tahun, berkata neneknya menyimpan wang tersebut dalam kotak di kediamannya di Rantau Panjang, Kelantan.

Beliau yang merupakan cucu sulung berkata, difahamkan neneknya, Cik Zainab Sulong menyimpan wang sebanyak itu sejak 10 tahun lalu.

“Nenek mula menyimpan sejak 10 tahun lepas semasa dia masih sihat dan bekerja di Kuala Lumpur. Dia berniaga dengan menjual kerepek.

“Selain itu, nenek juga mengambil upah mengurut. Wang simpanan itu juga campur dengan duit pemberian anak-anak dan cucu-cucu,” katanya.

Encik Khairul yang bertugas sebagai guru berkata meskipun simpanan tersebut bagi tujuan menunaikan haji, mereka sekeluarga sebenarnya telah merancang untuk membawa nenek itu ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Beliau menambah bahawa mereka merancang membawa Cik Zainab untuk menunaikan umrah bersama mereka, dan menanggung kos perbelanjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >