Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Singapore Airlines atasi Cathay Pacific dek pemulihan lebih baik pasca pandemik

Jun 20, 2023 | 08:39 PM



HONG KONG: Nasib Singapore Airlines (SIA) dan pesaingnya dari Hong Kong, Cathay Pacific Airways, syarikat penerbangan utama dua hab kewangan terpenting di Asia, berbeza semasa pandemik Covid-19 dan terus menyimpang pasca pandemik.

Perbezaan nilai kededua syarikat juga menunjukkan jurang - SIA mempunyai nilai pasaran sebanyak AS$17 bilion (S$22.8 bilion) iaitu hampir tiga kali ganda berbanding Cathay.

Empat tahun lalu, perbezaannya hanya sekitar AS$2 bilion.

Saham SIA baru sahaja menamatkan kenaikan 12 hari, terpanjang sejak 2008 dan meningkat sekitar 40 peratus pada 2023. Cathay jatuh 9.3 peratus.

Walaupun kedua-duanya berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding semasa pandemik Covid-19, SIA ‘terbang’ dengan lebih pantas dan menikmati permintaan perjalanan yang tidak henti-henti.

Sementara itu, pembangunan semula Cathay telah sangat terjejas oleh keengganan pemerintah Hong Kong menggugurkan sekatan Covid-19 dan ia masih bergelut memulihkan bilangan kakitangan dan perkhidmatannya.

Syarikat penerbangan itu tidak menjangka boleh kembali ke tahap kapasiti penumpang pra-pandemik sehingga akhir 2024.

Sementara itu, harga tiket penerbangan yang melonjak tinggi telah membantu banyak syarikat penerbangan pulih sedang mereka mengisi pesawat mereka dengan penumpang yang bersedia untuk membayar bagi apa yang digelar “perjalanan terpendam”.

SIA mencatatkan pendapatan rekod $2.16 bilion bagi tahun berakhir Mac, dengan pendapatan $17.8 bilion melebihi paras sebelum Covid-19.

Kedudukan Cathay juga bertambah baik, tetapi hasil dapatan sebanyak HK$51 bilion ($8.8 bilion) pada 2022 masih kurang daripada separuh daripada jumlah pada 2019, sebelum pandemik Covid-19.

Syarikat itu kini, sekurang-kurangnya telah menjana wang tunai yang mencukupi untuk menampung pembayaran dividen HK$1.52 bilion yang perlu dibayar kepada pemerintah jelang akhir Jun.

Ia juga berhutang kepada pemerintah Hong Kong HK$19.5 bilion yang diberikan dalam satu pakej menyelamat.

Kakitangan di SIA melihat faedahnya - mereka bakal menerima bonus bersamaan dengan kira-kira lapan bulan gaji.

Namun, semangat tidak begitu tinggi di Cathay, di mana pelarasan gaji yang diumumkan baru-baru ini telah disambut dengan keraguan.

“Moral juruterbang berada di tahap paling rendah,” kata Encik Paul Weatherilt, pengerusi kesatuan yang mewakili juruterbang Cathay, minggu lalu setelah syarikat itu mendedahkan ia akan mengubah dasar gajinya.

“Mereka memotong gaji kami secara kekal,” tambahnya.

Sementara itu, SIA merupakan salah satu saham syarikat penerbangan berprestasi terbaik dunia sejak tiga bulan lalu, melonjak 34 peratus.

Pelabur SIA menyokong usahanya untuk membina semula kapasiti penerbangan, kerana mereka yakin ia akan meningkatkan pendapatan, kata penganalisis DBS Bank, Encik Jason Sum.

Tempahan lanjutan juga kelihatan menarik sedang pesaing seperti Cathay menghadapi kekangan sumber, tambahnya.

SIA telah membawa 2.8 juta penumpang pada Mei, mencecah 88 peratus daripada kapasiti pra-Covid-19.

Trafik penumpang Cathay hampir 1.4 juta pada bulan April, menurut data terkini yang tersedia.

Syarikat penerbangan itu berkata ia akan kembali kepada hanya 70 peratus daripada tahap operasi pra-pandemik menjelang akhir 2023.

SIA dan penerbangan kos rendahnya, Scoot, sudah terbang ke 114 destinasinya sementara Cathay dan HK Express baru terbang ke 70 destinasi. Sebelum pandemik, mereka masing-masing terbang ke 136 dan 119 destinasi.

SIA dan Scoot memiliki 195 kapal terbang manakala Cathay mempunyai 222 kapal terbang, yang antaranya masih berada dalam simpanan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >