Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Singapura sedih, ucap takziah kepada keluarga mangsa

Oct 04, 2023 | 05:54 PM



Pemerintah Singapura melahirkan rasa sedih atas kejadian tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok, Thailand, pada Selasa yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan.

“Kami ucapkan takziah kepada keluarga yang ditinggalkan dan mendoakan mereka yang cedera supaya cepat sembuh,’‘ kata seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut jurucakap itu, Kedutaan Singapura di Bangkok telah menghubungi warga Singapura di Thailand yang berdaftar secara elektronik dengan MFA untuk memaklumkan mereka tentang situasi terkini.

Kedutaan juga sedang menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Singapura yang cedera atau terjejas secara langsung akibat kejadian tembakan itu.

“Pada masa ini tiada laporan mengenai mana-mana rakyat Singapura yang terjejas akibat tembakan tersebut,” tambah jurucakap MFA.

Polis Thailand berkata dua mangsa yang terbunuh adalah warga China dan warga Myanmar, pekerja di pusat membeli belah mewah itu. Lima yang cedera ialah seorang warga Laos, seorang warga China dan tiga warga Thailand.

Jurucakap MFA selanjutnya menasihatkan rakyat Singapura yang berada di Bangkok supaya berhati-hati, memantau berita tempatan, dan mematuhi arahan pihak berkuasa Thailand.

Rakyat Singapura yang melancong ke Thailand juga amat digalak mendaftarkan diri secara elektronik dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg jika mereka belum berbuat demikian.

Rakyat Singapura di Bangkok yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Kedutaan Singapura di Bangkok, atau Pejabat Bertugas MFA yang beroperasi 24 jam di Kedutaan Republik Singapura di Bangkok, di alamat 129 South Sathorn Road, Bangkok 10120, menerusi telefon: +66-81-844-3580 atau e-mel: singemb_bkk@mfa.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >