Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sisa loji nuklear Fukushima tidak beracun: IAEA

Aug 30, 2023 | 01:16 PM



STOCKHOLM: Kepekatan tritium dalam air sisa yang dilimpahkan dari loji nuklear Fukushima-Daiichi Jepun yang terjejas, berada di bawah paras yang dijangkakan dan tidak menimbulkan risiko kepada penduduk, kata ketua pemerhati atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.


“Setakat ini kami telah dapat mengesahkan bahawa pelepasan pertama air ini tidak mengandungi sebarang radionuklid pada paras yang boleh membahayakan,” kata Encik Rafael Grossi, kepada agensi berita AFP semasa lawatannya ke Stockholm.


Sekitar 12 tahun selepas salah satu kemalangan nuklear terburuk di dunia, Jepun mula melepaskan air buangan ke Lautan Pasifik minggu lalu, kerana ia secara beransur-ansur mengeluarkan air sebanyak 540 kolam renang Olimpik, selama beberapa dekad.

“Di peringkat awal, ia telah mengikut apa yang kami jangkakan... tetapi kami akan teruskan (memantau)... sehingga titisan terakhir dikeluarkan,” kata Encik Grossi.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata pada Isnin bahawa analisis bebas kepekatan tritium dalam air yang dilepaskan adalah “jauh di bawah had operasi 1,500 becquerel seliter”.

Had itu pula jauh lebih rendah daripada piawaian keselamatan negara Jepun.

Jepun telah berulang kali menegaskan bahawa air sisa tidak berbahaya, tetapi langkah itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan tempatan dan mencetuskan kemarahan di China, yang telah menggantung import makanan lautnya dari Jepun.

Encik Grossi juga mengulas mengenai kerjasama agensinya dengan Iran, sambil mengatakan bahawa pemasangan semula kamera di tapak nuklear sedang berjalan, tetapi terlalu perlahan.

Teheran pada Mac lalu berikrar untuk mengaktifkan semula peranti pengawasan yang diputuskan pada Jun 2022, di tengah-tengah hubungan yang semakin merosot dengan Barat.

“Kami telah cuba memasang semula kamera kami. Kami memulakan kerja itu tetapi ia tidak berjalan mengikut kadar yang saya inginkan dan jangkakan,” kata Encik Grossi.

“Ia sangat-sangat perlahan dan kami mahu ia bertambah baik.”

IAEA akan mengeluarkan laporan baru mengenai perkembangan program nuklear Iran tidak lama lagi.

“Kami sedang meneliti beberapa penjelasan yang harus diberikan Iran kepada kami, mengenai penemuan kesan uranium,” katanya.

“Ia adalah proses berterusan yang mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >