Sistem pertahanan udara Teluk dipergiat ketika Aidilfitri, serangan Iran sasar medan tenaga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sistem pertahanan udara Teluk dipergiat ketika Aidilfitri, serangan Iran sasar medan tenaga

Mar 20, 2026 | 2:57 PM

Sistem pertahanan udara Teluk dipergiat ketika Aidilfitri, serangan Iran sasar medan tenaga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Jemaah berkumpul selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri yang menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di Masjid Mohammad Al Amin, susulan peningkatan ketegangan antara Hezbollah dan Israel, di tengah konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran di Beirut, Lebanon, pada 20 Mac 2026.
Jemaah berkumpul selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri yang menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di Masjid Mohammad Al Amin, susulan peningkatan ketegangan antara Hezbollah dan Israel, di tengah konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran di Beirut, Lebanon, pada 20 Mac 2026. - Foto REUTERS

DUBAI: Sistem pertahanan udara di Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait diaktifkan awal pagi Jumaat, 20 Mac bagi menghadapi ancaman peluru berpandu dan dron, ketika negara-negara Teluk menyambut Aidilfitri di tengah konflik berterusan antara Iran dengan Amerika Syarikat dan Israel.

Pihak berkuasa di negara Teluk memaklumkan bahawa sistem pertahanan masing-masing bertindak balas terhadap ancaman yang dikesan, manakala Arab Saudi mengesahkan berjaya memintas beberapa serangan dron.

Di Bahrain, Kementerian Dalam Negeri berkata serpihan daripada apa yang disifatkan sebagai “pencerobohan Iran” telah menyebabkan kebakaran di sebuah gudang. Kebakaran itu bagaimanapun berjaya dikawal dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. Siren amaran serangan udara turut diaktifkan sebelum itu.

Di Kuwait, kenyataan tentera menyatakan bahawa sistem pertahanan udara “bertindak balas terhadap ancaman peluru berpandu dan dron yang bermusuhan”. Media rasmi UAE pula melaporkan ancaman serupa daripada Iran.

Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Tasnim berkata mereka menyasarkan pasukan Amerika Syarikat di Pangkalan Udara Al-Dhafra di UAE, selain beberapa lokasi di Israel menggunakan peluru berpandu dan dron.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan tersebut.

Kementerian Pertahanan Arab Saudi memaklumkan bahawa dalam tempoh kurang dua jam, pasukannya berjaya “memintas dan memusnahkan” 10 dron di bahagian timur negara itu serta satu lagi di utara.
Jurucakap kementerian, Mejar Jeneral Turki al-Malki, berkata lebih 20 dron telah dipintas sejak awal Jumaat, 20 Mac.

“Beberapa dron dimusnahkan di Wilayah Timur, manakala satu dron dipintas di Al-Jouf,” ujar Mejar Jeneral Turki.

Ketegangan terus memuncak apabila Iran melancarkan beberapa siri peluru berpandu ke arah Israel lewat malam 19 Mac selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendakwa republik Islam itu telah “dilemahkan”.

Letupan kuat dilaporkan kedengaran di Baitulmakdis, manakala siren amaran serangan udara dibunyikan di seluruh bandar tersebut.

Sehari sebelumnya, dron turut menyerang sebuah kilang penapisan minyak di Arab Saudi di Laut Merah dan mencetuskan kebakaran di dua lagi kemudahan di Kuwait, ketika Iran meningkatkan serangan terhadap infrastruktur tenaga di rantau Teluk.

Serangan itu menyusul kerosakan besar di hab gas terbesar dunia di Ras Laffan, Qatar, pada 11 Mac, sebagai tindak balas Iran terhadap serangan Israel ke atas medan gas South Pars.

Tentera Israel berkata mereka mengesan tiga gelombang serangan peluru berpandu dalam tempoh satu setengah jam sebelum tengah malam 19 Mac. Bagaimanapun, perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom, tidak melaporkan sebarang kematian atau kerosakan setakat ini.

Dalam sidang media pada malam 19 Mac, Encik Netanyahu menegaskan bahawa Israel dan Amerika Syarikat sedang “memenangi” perang yang bermula selepas kedua-dua negara melancarkan serangan terhadap Iran.

“Kami sedang mengambil tindakan untuk memusnahkan industri yang membolehkan pembinaan peluru berpandu. Iran tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memperkaya uranium dan menghasilkan peluru berpandu balistik,” katanya. “Kami sedang menang dan Iran sedang dilemahkan.” - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg