Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siswa bunuh bapa, 14 yang lain dalam kes tembakan di Prague

Dec 22, 2023 | 05:08 PM



PRAGUE: Seorang pelajar Czech berusia 24 tahun menembak mati bapanya, kemudian membunuh 14 orang dan mencederakan 25 yang lain di universitinya di Prague pada 21 Disember.


Dia kemudian membunuh diri, kata polis, yang menyifatkan peristiwa penembakan itu sebagai paling buruk pernah berlaku di negara itu.

Pemerintah mengisytiharkan hari berkabung di seluruh negara Eropah tengah itu pada 23 Disember bagi memperingati mangsa. Perintah itu diputuskan pada mesyuarat khas Kabinet, dengan Presiden Petr Pavel.

“Saya akan menyampaikan rasa sedih saya bersama-sama dengan kemarahan atas kehilangan nyawa yang tidak seharusnya berlaku seperti itu ke atas beberapa anak muda,” kata Encik Pavel.


“Saya ingin mengucapkan takziah kepada semua saudara mara mangsa, kepada semua yang berada di insiden tragis ini, yang paling tragis dalam sejarah Republik Czech,” ujar beliau dipetik agensi berita Reuters.


Polis – yang menemui sejumlah senjata di bangunan Universiti Charles di pusat bandar Prague, di mana insiden penembakan itu berlaku - telah dimaklumkan pada awal hari itu, bahawa suspek berkemungkinan menuju ke Prague dari bandarnya di wilayah Kladno, di luar ibu negara dengan niat untuk membunuh diri.

Tidak lama selepas itu, bapa penembak ditemui mati.

Polis mengarahkan supaya bangunan fakulti seni, di mana penembak sepatutnya menghadiri kuliah, dikosongkan.


Tetapi kemudiannya polis dipanggil ke bangunan utama fakulti yang lebih besar. Polis tiba dalam masa beberapa minit selepas kejadian tembakan dilaporkan, kata Ketua Polis Martin Vondrasek.


Polis mempunyai “maklumat yang belum disahkan daripada akaun di rangkaian sosial, bahawa lelaki itu kononnya diilhamkan oleh satu serangan pengganas di Russia pada musim gugur tahun 2023 ini,” kata Encik Vondrasek kepada pemberita, sambil menambah penembak itu adalah pemegang sah beberapa senjata api.


“Ia adalah satu tindakan ngeri yang dirancang, yang bermula di wilayah Kladno. Malangnya ia berakhir di sini,” ujar beliau


Lelaki bersenjata itu juga disyaki melakukan pembunuhan ke atas seorang lagi lelaki dan anak perempuannya berusia dua bulan, yang ditemui minggu lalu, ditembak mati di dalam hutan di sebuah kampung di luar Prague, kata Ketua Polis, Encik Martin Vondrasek.

Sementara itu, lelaki bersenjata yang melakukan keganasan itu, berkemungkinan membunuh diri.

Tetapi pihak berkuasa juga sedang menyiasat sama ada dia mungkin dibunuh oleh polis yang membalas tembakan, tambah Encik Vondrasek.

Polis berkata lelaki itu adalah seorang pelajar cemerlang, tanpa rekod jenayah dan dia bertindak bersendirian.

Polis meminta untuk tidak mendedahkan identiti lelaki itu, tetapi namanya seperti dilaporkan beberapa media Czech, sepadan dengan laporan carian polis.


Menteri Dalam Negeri, Encik Vit Rakusan berkata insiden penembakan itu tidak mempunyai kaitan dengan keganasan antarabangsa.

Pihak berkuasa menutup dataran dan kawasan bersebelahan dengan bangunan fakulti, di daerah bersejarah yang sibuk di seberang sungai, dari Istana Prague di jalan popular menuju ke Dataran Bandar Lama.


Rumah Putih mengutuk tembakan itu dan berkata Amerika Syarikat bersedia untuk menawarkan bantuan.

Pemimpin di seluruh Eropah, termasuk Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, menyuarakan sokongan mereka.

Jenayah senjata api agak jarang berlaku di Republik Czech. Pada Disember 2019, seorang lelaki bersenjata berusia 42 tahun, membunuh enam orang di bilik menunggu sebuah hospital di bandar Ostrava, di timur Czech sebelum melarikan diri dan menembak dirinya sendiri, kata polis.


Pada 2015, seorang lelaki menembak mati lapan orang dan kemudian membunuh diri, di sebuah restoran di Uhersky Brod. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >