Sokongan padu di Pakistan terhadap Lembaga Keamanan di Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan padu di Pakistan terhadap Lembaga Keamanan di Gaza

Feb 10, 2026 | 1:24 PM

Sokongan padu di Pakistan terhadap Lembaga Keamanan di Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pakistan, Gaza, Board of Peace, Lembaga Keamanan, Amerika Syarikat, Donald Trump, Gallup, Shehbaz Sharif
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, bersama anggota Lembaga Keamanannya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Januari 2026 - Foto: AFP

ISLAMABAD: Dapatan satu tinjauan baru menunjukkan hampir tiga perempat rakyat Pakistan menyokong pengerahan tentera ke Jaluran Gaza sebagai sebahagian daripada Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF).

Hasil tinjauan oleh Gallup Pakistan dikeluarkan ketika laporan media mencadangkan Perdana Menteri Shehbaz Sharif, akan menghadiri mesyuarat rasmi pertama Lembaga Keamanan (BoP) yang diterajui Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, pada 19 Februari.

Lembaga yang dibentuk pada Januari itu disertai Pakistan dan beberapa negara majoriti Islam lain.

Tinjauan Gallup, yang dijalankan dari 15 Januari hingga 3 Februari, melibatkan 1,600 responden melalui temu bual telefon secara rawak. Ia mempunyai margin ralat tambah atau tolak 2 hingga 3 mata peratusan pada tahap keyakinan 95 peratus.

Menurut Pengarah Eksekutif, Gallup Pakistan, Encik Bilal Gilani, keputusan tersebut mencerminkan sebuah negara yang sangat menyokong perjuangan rakyat Palestin, namun berbelah bahagi tentang cara terbaik untuk meneruskannya dan tidak pasti tentang struktur politik yang dibangunkan di Gaza pada masa depan.

ISF telah dicadangkan bersama-sama Lembaga Keamanan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada September.

Ia merupakan sebahagian daripada pelan 20 perkara yang dicadangkan oleh Encik Trump untuk cuba menamatkan perang di Gaza.

Pelan itu bermula dengan gencatan senjata pada Oktober.

Pada peringkat seterusnya, pasukan pengaman antarabangsa akan diwujud dan dikerahkan untuk menyediakan keselamatan dan pengawasan gencatan senjata antara Hamas dengan Israel di Gaza.

Lembaga Keamanan pada mulanya dirangka sebagai mekanisme untuk menyokong pentadbiran, pembinaan semula dan pemulihan ekonomi Gaza.

Rumah Putih secara rasmi mengumumkan penubuhannya pada Januari.

Bagaimanapun, piagam 11 muka surat badan itu tidak menyebut Gaza sekali pun.

Keanggotaan tetap dalam lembaga memerlukan sumbangan AS$1 bilion ($1.26 bilion) untuk tempoh tiga tahun walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menetapkan mandatnya di Gaza sehingga akhir 2027.

Dapatan utama tinjauan Gallup Pakistan adalah jelas: Sebanyak 73 peratus rakyat Pakistan menyokong pengerahan kontinjen tentera negara itu ke Gaza dengan 55 peratus menyatakan sokongan “kuat” dan 18 peratus sokongan “sedikit”.

Bantahan adalah terhad. Hanya 6 peratus menentang pengerahan itu manakala 16 peratus belum membuat keputusan.

Encik Gilani berkata: “Pendapat umum, sekurang-kurangnya dalam bacaan saya, berkenaan dengan penghantaran tentera ke Gaza adalah lebih sebulat suara manakala menyertai BoP agak berbelah bahagi tetapi lebih menyokong untuk menyertainya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg