Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Spekulasi pilihan raya Melaka diadakan akhir Nov

Oct 18, 2021 | 05:30 AM



MELAKA: Terdapat desas-desus bahawa pilihan raya Melaka bakal diadakan akhir bulan November.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh dijangka mengadakan sidang media hari ini untuk mengumumkan butiran pilihan raya negara itu.



Parti politik telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya tersebut.



Sementara itu, muncul spekulasi bahawa pilihan raya Melaka itu akan diadakan serentak dengan pilihan raya di Sarawak dengan tempoh kempen yang lebih singkat disebabkan keadaan pandemik Covid-19.



Meskipun demikian, sebahagian penduduk Melaka tidak bersetuju dengan tarikh pilihan raya tersebut diadakan disebabkan keprihatinan kesihatan dalam keadaan pandemik sekarang.



Gabungan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Melaka telah meminta Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam untuk menghentikan pilihan raya tersebut.



Jurucakap badan tersebut, Encik Ronsome Ho Choong Seng berkata memorandum telah dihantar kepada Gabenor Melaka untuk mempertimbang menangguhkan pilihan raya itu sehingga situasi Covid-19 lebih terkawal.



Menurutnya, NGO tersebut mewakili penduduk termasuk nelayan, pegerai makan, penjual sayur dan pengayuh beca di kawasan itu.



Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memutuskan sama ada pilihan raya Melaka dan Sarawak akan diadakan secara serentak dan anggota Kabinet tidak akan membuat keputusan mengenai perkara itu.



"Tidak ada keputusan seperti itu yang akan diambil (Kabinet) untuk menentukan sama ada pilihan raya Melaka dan Sarawak akan diadakan serentak.



"Terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya menurut laporan media tempatan.



Suruhanjaya tersebut akan mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk membincangkan perkara tersebut.



Sarawak kini masih berada di bawah perintah darurat sehingga 2 Februari tahun depan dan dengan itu, pilihan rayanya tidak akan diadakan sehingga perintah tersebut dihentikan.



Difahamkan, beberapa mesyuarat tinggi melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah diadakan beberapa minggu lalu sebagai sebahagian daripada persiapan jika pilihan raya itu diadakan seawal November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >