Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Spotify naik harga langganan di AS pada 2026

Nov 25, 2025 | 12:53 PM
Spotify, naik, langganan
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Spotify menaikkan harga untuk meningkatkan pendapatan, yakin bahawa popularitinya memastikan pengguna terus setia. - Foto REUTERS

Spotify dilaporkan akan menaikkan harga langganannya di Amerika Syarikat pada suku pertama 2026.

Laporan oleh Financial Times pada 24 November itu memetik tiga sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Syarikat penstriman dari Sweden pada Ogos telah mengumumkan kenaikan harga kepada 11.99 euro ($18.03) sebulan, berbanding 10.99 euro, di beberapa pasaran termasuk Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika, Eropah, Amerika Latin, dan rantau Asia-Pasifik.

Namun, kenaikan harga pada 2026 akan menjadi kenaikan pertama di Amerika Syarikat sejak Jun 2024.

Spotify tidak segera memberi maklum balas kepada permintaan komen.

Syarikat itu telah menggunakan kenaikan harga sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk merangsang pertumbuhan pendapatan, yakin bahawa kedudukannya yang kukuh di pasaran akan memastikan pengguna kekal setia.

Ia telah menaikkan kos pelan premium individu di lebih 150 pasaran pada suku September 2025.

Pada awal November, Spotify meramalkan keuntungan suku keempat melebihi jangkaan Wall Street.

Keyakinan itu disokong oleh pertumbuhan pengguna yang mantap dan lonjakan hasil daripada kenaikan harga yang bertepatan dengan musim percutian penting. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg