Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

SPRM akan panggil Radzi bagi siasatan kes dakwaan rasuah RM80j

Sep 27, 2023 | 02:34 PM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin, untuk memberi keterangan berkait dakwaan kes rasuah projek bernilai RM80 juta ($23.32 juta), minggu depan.


“Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin akan dipanggil memberi keterangan berkaitan kes terbabit, minggu depan,” kata sumber SPRM dipetik Berita Harian Malaysia (BHM) pada Rabu.


Sumber itu memaklumkan bahawa pihaknya juga telah merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah projek bernilai RM80 juta membabitkan sebuah kementerian.

Menurut sumber, rampasan dokumen itu dibuat susulan penahanan bekas setiausaha politik Datuk Radzi bagi siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

“Individu terbabit bersama seorang lagi lelaki berusia 50-an tahun yang juga pemilik sebuah syarikat bagaimanapun, dibebaskan hari ini (Rabu) selepas tidak disambung reman.

“Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan itu meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bekas setiausaha politik bekas menteri kanan itu antara dua yang ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta.

Lelaki berusia 20-an tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki yang juga pemilik syarikat berusia lewat 50-an tahun ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Datuk Radzi dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan berkaitan kes rasuah ke atas satu projek rundingan terus percetakan buku terbabit.

Beliau turut menafikan dakwaan yang mengatakan isterinya ialah kerabat diraja dan menjadi proksi syarikat yang terbabit dalam kes berkenaan.

“Saya tiada sebarang kaitan dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah sama sekali. Saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat OTR One & Only tersebut.

“Isteri saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat ATR One & Only tersebut. Perkara ini jelas kepada sesiapa yang sanggup membuat carian ke atas syarikat ATQ One & Only berkenaan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >