Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

SPRM akan panggil Sanusi kes kecurian nadir bumi

Sep 12, 2023 | 01:39 PM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir ke penghujung siasatan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpang Bukit Enggang, Sik, Kedah.

Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya dijangka memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam tempoh dua minggu lagi untuk dirakam keterangan.

“Ramai yang bertanya bilakah kami akan mendakwa pihak bertanggungjawab. Pegawai penyiasat SPRM perlu membuat siasatan secara menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi dan mengumpul segala bukti-bukti yang ada.

“Siasatan mengambil sedikit masa kerana kita juga perlu menentukan sama ada kuasa untuk meluluskan aktiviti perlombongan harus terletak pada kerajaan Persekutuan atau negeri.

“Kalau saya tidak silap, kuasa untuk meluluskan perlombongan bukan terletak di tangan kuasa kerajaan negeri, sebaliknya adalah di bawah kuasa kerajaan Persekutuan,” katanya seperti dilaporkan The Star.

Tan Sri Azam, berkata SPRM turut meneliti bagaimana ia diuruskan, bagaimana kerajaan negeri mencadangkannya kepada kerajaan Persekutuan untuk kelulusan dan dasar Kerajaan Persekutuan.

SPRM memulakan siasatan berhubung kecurian REE yang dijalankan secara haram sehingga mengakibatkan kerugian kepada kerajaan pada 18 Julai lalu.

Beberapa kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 17 (A) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan mereka juga akan meneliti Seksyen 7 Akta Pencegahan Rasuah 1988.

Mengulas lanjut, Azam berkata SPRM perlu berlaku adil kepada Datuk Sanusi dengan menyemak semua dakwaan termasuk rakaman video beliau keluar dari tempat kejadian kawasan REE yang dinyatakan.

“Kita perlu menyemak segala dakwaan itu dan sekiranya ia benar, ia akan memudahkan siasatan terhadap kes berkenaan. Justeru itu adalah tanggungjawab dan tugas pegawai penyiasat untuk meneliti semua perkara ini,” katanya.

Tan Sri Azam berkata SPRM sebelum ini sudah menggunakan kuasa dan budi bicaranya untuk tidak memanggil Sanusi ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Katanya, SPRM turut menyiasat pembabitan seorang ahli perniagaan warga China, So Loi Fat, yang sebelum ini pernah didedahkan oleh Datuk Sanusi.

“Kita juga perlu mengetahui sama ada warga China itu, yang didakwa melabur dalam projek itu, berada di sana untuk menjalankan kerja penerokaan atau menjalankan perlombongan,” kata Tan Sri Azam. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >