Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SPRM tidak terikat dengan satu seksyen sahaja untuk mohon reman suspek

Jul 12, 2023 | 03:35 PM



JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menahan suspek di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) bagi kesalahan yang disiasat di bawah Akta SPRM 2009.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar, membuat keputusan itu pada Rabu dengan mengatakan bahawa semasa menjalankan siasatan, SPRM boleh membuat permohonan tahanan di bawah Seksyen 117 CPC.

Beliau berkata, Parlimen telah meluluskan Akta SPRM untuk menangani rasuah dan ini perlu diberikan keutamaan.

SPRM tidak hanya terikat dengan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 semata-mata dalam permohonan reman, kerana boleh mengguna pakai Seksyen 117 CPC.

Peruntukan dalam Seksyen 49 akta tersebut menyebut “The provisions of Section 49 of the Act cannot be read rigidly to the point that it affects the commission’s investigation process”.

Malah, SPRM berpuas hati dengan penjelasan teliti Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Rabu, berhubung pemakaian Seksyen 117 CPC dalam permohonan reman dibuat agensi itu.

Pengarah Bahagian Perundangan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata selepas mendengar penjelasan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar, ia jelas menunjukkan SPRM tidak terikat dengan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 semata-mata dalam permohonan reman seperti yang pernah diputuskan Mahkamah Tinggi Temerloh.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru memberi penjelasan penting mengenai pemakaian undang-undang berkenaan reman dan secara jelas SPRM sebenarnya tidak terikat dengan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 seperti keputusan oleh Mahkamah Tinggi Temerloh.

“Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini sudah membincangkan perkara berhubung pemakaian CPC yang mana daripada awal sebenarnya proses siasatan SPRM membenarkan kita menggunakan peruntukan Seksyen 29 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 117 CPC itu,” kata beliau ketika ditemui di Mahkamah Tinggi pada Rabu.

Beliau berharap mana-mana Majistret selepas ini akan melihat lebih mendalam dan menyeluruh keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru dalam membenarkan permohonan reman.

“Ramai Majistret kata mereka terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, saya tidak kata ia salah, tetapi apa yang kita mahukan adalah pemahaman mengenai undang-undang itu diguna pakai, bukan hanya sekadar mengikut keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi.

“Kita berharap selepas ini kita dapat jalankan siasatan dengan lebih teliti dan lengkap dengan adanya keputusan hari ini dan diharap akan datang tiada lagi masalah,” katanya.

Terdahulu, Datuk Abu Bakar membacakan keputusan terhadap permohonan semakan difailkan SPRM berhubung tindakan Mahkamah Majistret Johor Bahru yang tidak membenarkan permohonan reman terhadap dua suspek yang ditahan SPRM pada 15 Mei lalu.

SPRM menfailkan permohonan semakan itu pada 15 Jun lalu selepas Majistret yang mendengar permohonan reman mengikut Seksyen 117 CPC itu memberikan alasan bahawa SPRM gagal mematuhi peruntukan Seksyen 49 Akta SPRM 2009.

Dalam membuat keputusan reman itu, Majistret mengguna pakai keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh dan berpendapat terdapat kecacatan dalam siasatan dibuat SPRM.

Dalam penghakimannya, Datuk Abu Bakar berkata Majistret yang mendengar permohonan reman SPRM itu hanya tertumpu kepada Mahkamah Tinggi Temerloh, tanpa menimbangkan langsung nas duluan dalam kes Mahkamah Tinggi yang lain.

“Mahkamah berpendapat peruntukan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 juga perlu dibaca secara harfiah kerana tujuan Parlimen menggubal Akta SPRM 2009 adalah bagi menangani gejala rasuah, maka akta ini tidak boleh dibaca secara rigid sehingga menjejaskan atau menggagalkan proses siasatan SPRM.

“SPRM diberi kuasa yang luas memilih peruntukan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 atau memohon reman di bawah peruntukan Seksyen 117 CPC,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >