Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura akan buka kedutaan di Timor-Leste

Jul 24, 2023 | 05:47 PM



Singapura akan membuka kedutaannya di ibu negara Timor-Leste, Dili, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin.

Kedutaan itu akan menjadi pusat tumpuan untuk memperluas kerjasama dua hala dalam bidang seperti perdagangan serta pelaburan, pelancongan, pertahanan, tenaga dan sumber manusia, kata kenyataan itu.

Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Timor-Leste, Encik Bendito dos Santos Freitas, membuat pengumuman itu dalam satu sidang media.

Ini selepas pertemuan Dr Balakrishnan dengan Presiden Timor-Leste, Encik Jose-Ramos Horta, Perdana Menteri Encik Xanana Gusmao dan Encik Freitas pada pagi Isnin.

Langkah yang dirancang untuk membuka kedutaan itu disambut baik oleh para pemimpin Timor-Leste.

Buat masa ini, Encik Robin Hu berkhidmat sebagai duta bukan pemastautin Singapura ke Timor-Leste. Beliau akan terus menjalankan tugas tersebut sebelum seorang duta tetap dilantik, kata Dr Balakrishnan.

Butir-butir mengenai lokasi kedutaan itu sedang diteliti, tambahnya.

Singapura akan menjadi negara Asean keenam yang membuka kedutaan di Timor-Leste. Negara Asean lain yang mempunyai kedutaan di Dili ialah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.

Semasa pertemuan mereka, Dr Balakrishnan dan para pemimpin Timor-Leste mengesahkan hubungan mesra dan lama antara kedua-dua negara.

Dr Balakrishnan turut menzahirkan sokongan kuat dan konsisten Singapura terhadap pembangunan Timor-Leste, kata MFA.

“Singapura adalah antara negara pertama yang menyumbang kepada usaha keamanan dan pembangunan negara di Timor-Leste, termasuk lebih 1,000 kakitangan dan peralatan antara 1999 dengan 2012,” katanya, sambil menambah bahawa pasukan polis Singapura juga menghantar para pegawai ke negara itu untuk membantu menubuhkan perkhidmatan polisnya.

Singapura juga merupakan pelabur asing utama di Timor-Leste dalam bidang seperti hartanah dan hospitaliti, dan rakyat Singapura menyumbang kepada sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan Timor-Leste, kata kenyataan itu.

“Dr Balakrishnan turut mengulangi komitmen Singapura untuk menyokong pembangunan kapasiti di Timor-Leste menerusi Program Kerjasama Singapura, yang melibatkan lebih 800 pegawai Timor-Leste,” tambah kenyataan itu.

Singapura juga menyokong penyertaan Timor-Leste ke dalam Asean, selaras dengan pelan hala tuju yang diterima pakai oleh pemimpin blok itu pada Mei 2023.

Untuk tujuan ini, Singapura akan “terus menyokong Timor-Leste dalam memenuhi pelan hala tuju itu”, kata MFA lagi.

Dalam kunjungannya itu, Dr Balakrishnan juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Encik Francisco Kalbuadi Lay dan menghadiri jamuan malam yang dihoskan Encik Freitas. – ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >