Topik diikuti
Pergi ke BHkuS’pura alu-alukan pakatan AS-Iran tamat operasi ketenteraan di Timur Tengah, buka semula Selat Hormuz
S’pura alu-alukan pakatan AS-Iran tamat operasi ketenteraan di Timur Tengah, buka semula Selat Hormuz
S’pura alu-alukan pakatan AS-Iran tamat operasi ketenteraan di Timur Tengah, buka semula Selat Hormuz
Singapura mengalu-alukan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara Amerika Syarikat dengan Iran untuk menghentikan semua operasi ketenteraan di Timur Tengah dan mewujudkan rangka kerja bagi rundingan lanjut mengenai isu tertunggak.
Negara ini juga memuji usaha pengantara yang telah mencapaikan perjanjian ini, khususnya Pakistan dan Qatar, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 18 Jun.
“Penyelesaian isu tertunggak selaras dengan undang-undang antarabangsa akan mewujudkan syarat yang diperlukan untuk keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berkekalan di rantau ini,” tambah kenyataan itu.
Singapura juga mengalu-alukan komitmen di bawah MOU itu untuk membuka semula Selat Hormuz, yang digunakan bagi pelayaran antarabangsa dan merupakan saluran kritikal untuk perdagangan maritim.
“Kami menggesa semua pihak untuk menegakkan kewajipan mereka di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut dan undang-undang adat antarabangsa berkenaan dengan laluan transit yang selamat dan tanpa halangan di Selat Hormuz, dan untuk melindungi keselamatan serta kesejahteraan pelaut dan kapal di rantau ini,” kata kenyataan itu.
