S’pura, China antara disiasat AS susulan usaha ‘hidupkan’ semula tarif Trump

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, China antara disiasat AS susulan usaha ‘hidupkan’ semula tarif Trump

Mar 12, 2026 | 2:01 PM

S’pura, China antara disiasat AS susulan usaha ‘hidupkan’ semula tarif Trump

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
tarif trump
Pelaksanaan tarif merupakan teras dasar ekonomi Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, memulakan salah satu daripada beberapa siasatan perdagangan menyeluruh yang membuka jalan kepada penguatkuasaan tarif baru.

Siasatan itu merupakan teras kepada usaha menghidupkan semula levi yang dibatalkan Mahkamah Agung Amerika pada Februari lalu.

Wakil Perdagangan Amerika, Encik Jamieson Greer, mengumumkan pada 11 Mac bahawa pejabatnya akan memulakan siasatan terhadap lebih 12 ekonomi utama di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan, yang memberi tumpuan kepada dakwaan keupayaan perkilangan berlebihan.

Siasatan itu yang lazimnya mengambil masa beberapa bulan untuk selesai, diperlukan supaya Encik Trump boleh mengenakan duti satu hala ke atas import dari negara tertentu, sekiranya ekonomi berkenaan didapati mengamalkan amalan perdagangan tidak adil.

Siasatan itu turut melibatkan beberapa rakan dagang terbesar Amerika, termasuk China, Kesatuan Eropah (EU), Mexico, India, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Selain itu, Switzerland, Norway, Indonesia, Singapura, Thailand, Malaysia, Kemboja, Vietnam dan Bangladesh juga akan disiasat.

“Kami berpandangan bahawa rakan dagang utama telah membangunkan keupayaan perkilangan yang benar-benar tidak selari dengan insentif pasaran berdasarkan permintaan domestik dan sejagat,” kata Encik Greer kepada wartawan.

Langkah tersebut menandakan permulaan rasmi usaha pentadbiran Encik Trump untuk membina semula ‘tembok tarif’ Encik Trump selepas keputusan bersejarah Mahkamah Agung menolak levi sejagat yang dikenakan presiden itu pada Februari lalu.

Pelaksanaan tarif merupakan teras dasar ekonomi Encik Trump, dan beliau telah menggunakan kuasanya untuk mengenakan tarif secara satu hala bagi mendapatkan kelebihan ke atas negara asing.

Meskipun Encik Trump dan pasukannya berhujah bahawa mereka hanya mahu mengekalkan kesinambungan dasar perdagangan, tindakan pantas pentadbiran Encik Trump bagi menangani kekalahan di mahkamah itu sekali lagi mengganggu hubungan perdagangan sejagat.

Pelancaran siasatan perdagangan baru berisiko menimbulkan ketegangan dengan Beijing, terutamanya menjelang pertemuan yang dirancang antara Encik Trump dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, yang bakal berlangsung dalam beberapa minggu akan datang.

Selain itu, siasatan menyasarkan Mexico boleh menambah kerumitan usaha yang sedia ada tegang dalam merunding semula Perjanjian Perdagangan Amerika-Mexico-Canada yang ditandatangani Encik Trump semasa penggal pertamanya.

Canada tidak termasuk dalam kumpulan awal negara yang disasarkan.

Encik Greer memberi bayangan bahawa pentadbiran Encik Trump tidak berniat untuk memperlahankan langkah mereka. 

Pejabat Wakil Perdagangan Amerika merancang mengadakan sesi perbicaraan awam pada sekitar 5 Mei menyusuli tempoh komen terbuka mengenai siasatan itu.

Kemudian, mereka akan mengusulkan tindakan pembetulan, termasuk pelaksanaan tarif.

Pentadbiran Trump juga merancang membuka siasatan berasingan pada seawal 12 Mac berkaitan larangan terhadap import yang dihasilkan melalui buruh paksa, melibatkan sekurang-kurangnya 60 negara. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg