Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura-China bincang pulih perjalanan dua negara

Antara fokus utama perbincangan Vivian dengan rakan sejawatan dari China ialah usul saling iktiraf sijil kesihatan kededua negara dan perkembangan di Myanmar
Apr 02, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: Perjalanan antara Singapura dengan China boleh segera dipulihkan jika kedua-dua belah pihak dapat membentuk satu sistem untuk saling mengiktiraf sijil kesihatan masing-masing dan bertukar maklumat peribadi.



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata beliau telah meluangkan banyak waktu untuk membincangkan perkara itu dengan rakan sejawatnya dari China, Encik Wang Yi, ketika mereka bertemu kelmarin di wilayah Fujian di selatan China atas undangan Beijing.



"Saya ingin menekankan bahawa ini melampaui hanya vaksin, tetapi juga serologi hinggalah ke PCR (reaksi rantai polimerase), ujian asid nukleik, dan selanjutnya. Perlu ada sumber maklumat ini yang dapat disahkan dengan sumber yang sahih.



"Dan kita harus dapat menukar sebahagian maklumat yang relevan ini dengan cara yang dapat memudahkan perjalanan yang selamat," katanya kepada media Singapura di akhir pertemuan itu, lapor The Straits Times.



Sementara beliau belum dapat memberi garis waktu bagi permulaan usaha seperti itu, beliau menambah bahawa usaha itu "bergerak ke arah yang positif", dan beliau juga telah mengajukan permintaan kepada Encik Wang bagi pihak pelajar Singapura yang mahu kembali ke China.



Singapura dan China sejak Jun lalu telah mewujudkan laluan pantas bagi urusan perniagaan dan perjalanan rasmi antara kedua-dua negara.



Sejak November lalu, Singapura juga telah menarik balik sekatan sempadan bagi pengunjung dari China.



Pada Mac tahun lalu, China telah menutup sempadannya kepada warga asing sedang wabak Covid-19 mula merebak ke seluruh dunia.



Peraturan itu kemudian dilonggarkan pada akhir tahun lalu dengan membenarkan beberapa kategori warga asing yang tinggal dan bekerja di China untuk masuk semula ke negara itu.



Ketika pandemik wabak itu melanda tahun lalu, kedua-dua negara telah saling menyokong, "dan tidak semua ini diumumkan", dedah Dr Balakrishnan.



Dua negara itu, antara lain, bekerjasama dalam menyediakan bekalan perubatan dan penghantaran pulang warga masing-masing.



"Hakikatnya kami dapat mempertingkat usaha saling membantu menggambarkan hal ini sebagai teman yang memerlukan adalah teman sebenar", yang, kata Dr Balakrishnan, "mencerminkan hubungan kuat sedia ada berdasarkan rasa kepercayaan yang telah sekian lama terjalin".



Sedang kedua-dua pihak bergerak ke fasa pemulihan pasca-Covid-19, mereka akan meninjau pembukaan semula ekonomi masing-masing dan memanfaatkan peluang baru.



Contohnya, syarikat Singapura dapat berkhidmat kepada pasaran domestik China, melalui strategi ekonomi "dwiperedaran" barunya yang memberi tumpuan lebih besar pada ekonomi domestik.



Di luar China, Singapura juga boleh menjadi portal yang baik buat syarikat China yang mahukan akses ke Asia Tenggara dan pasaran lain, ujar beliau.



Singapura telah menjadi pelabur terbesar China sejak 2013 - kedudukan yang mungkin tidak berubah "bagi tempoh agak lama", kata Dr Balakrishnan.



Isu serantau juga dibincangkan dalam pertemuan tersebut, antaranya perkembangan di Myanmar, yang digambarkan oleh Dr Balakrishnan sebagai "sangat membimbangkan".



Beliau berkata Singapura "agak bimbang dan terkejut" dengan meningkatnya keganasan, terutama pada Sabtu lalu apabila lebih 100 orang dibunuh oleh tentera pada hari paling berdarah sejak junta merampas kuasa pada 1 Februari lalu.



Beliau juga menggesa agar dikekang keganasan dan memulakan "dialog jujur dan membina antara kedua belah pihak", dengan China juga berkongsi harapan Singapura agar ketegangan dan keganasan dapat dihentikan dan perbincangan dapat dimulakan.



"Kami berdua bersetuju bahawa kami masih harus menghormati prinsip tidak campur tangan dalam masalah domestik. Pada akhirnya, nasib dan masa depan Myanmar terletak di tangan rakyatnya sendiri," katanya.



"Asean dan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) akan berusaha membantu dengan cara yang membina dan tanpa campur tangan, tetapi dengan cara yang membolehkan dialog berlaku.



"Jadi kita harus melakukannya dengan hati-hati, sabar dan dengan cara yang mendorong perbincangan dan bukan konfrontasi."




"Saya ingin menekankan bahawa ini melampaui hanya vaksin, tetapi juga serologi hinggalah ke PCR (reaksi rantai polimerase), ujian asid nukleik, dan selanjutnya. Perlu ada sumber maklumat ini yang dapat disahkan dengan sumber yang sahih.

Dan kita harus dapat menukar sebahagian maklumat yang relevan ini dengan cara yang dapat memudahkan perjalanan yang selamat.

- Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >