Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura, China meterai perjanjian dagangan bebas dipertingkat

Protokol Peningkatan Lanjut Perjanjian Dagangan Bebas beri akses pasaran lebih besar dalam sektor perkhidmatan di China
Dec 07, 2023 | 07:44 PM



BEIJING: Singapura akan memperoleh akses pasaran lebih besar dalam sektor perkhidmatan China di bawah Protokol Peningkatan Lanjut Perjanjian Dagangan Bebas China-Singapura (CSFTA).


Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, dan Menteri Perniagaan China, Encik Wang Wentao, dalam mesyuarat Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-19 pada 7 Disember di Tianjin, China.

Di bawah perjanjian itu, China komited untuk tidak mengehadkan ekuiti asing untuk pelabur Singapura dalam 22 sektor seperti pembinaan, runcit dan borong, serta perkhidmatan perancangan seni bina dan bandar.

Pelabur dan pembekal perkhidmatan Singapura juga akan menikmati peraturan lebih bebas dan telus yang menyamaratakan peluang untuk melabur dan berdagang dengan China.

Sebuah badan pentadbir telekomunikasi baru juga akan dibangunkan untuk menyediakan peraturan lebih jelas dan ketelusan yang dipertingkatkan untuk proses mengawal selia telekomunikasi dan bagi memudahkan kerjasama industri untuk inovasi dan pembangunan.

Menurut satu kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 7 Disember, China adalah rakan dagangan keempat terbesar Singapura dalam bidang perkhidmatan, manakala Singapura ialah rakan dagangan ketiga terbesar China pada 2021.

Encik Gan berkata protokol itu akan mewujudkan peraturan lebih mesra perniagaan, bebas dan telus untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan yang lebih besar antara Singapura dengan China.

“Perniagaan Singapura juga akan mendapat manfaat daripada peningkatan akses kepada pasaran China.

“Saya berharap syarikat-syarikat akan memanfaatkan perjanjian yang dipertingkatkan ini untuk merebut peluang di China dan saya berharap dapat bekerjasama lebih rapat dengan rakan sejawatan saya dari China bagi meningkatkan kerjasama kami dalam bidang kepentingan bersama,” ujar Encik Gan.

CSFTA merupakan perjanjian perdagangan bebas dua hala pertama China dengan negara Asia.

Ia mula berkuat kuasa pada 2009 dan dinaik taraf pada 2019, dengan kedua-dua China dan Singapura bersetuju merundingkan liberalisasi pelaburan selanjutnya.

Rundingan bermula pada mesyuarat JCBC ke-16 pada 2020, dan berakhir pada November 2023.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, turut hadir di JCBC ke-19. Ini kali pertama beliau dan rakan sejawatannya dari China, Naib Perdana Menteri, Encik Ding Xuexiang, mempengerusikan mesyuarat bersama JCBC.

Ketika berucap semasa majlis tersebut, Encik Wong berkata Singapura dan China akan melaksanakan pengaturan perjalanan tanpa visa selama 30 hari sebagai sebahagian daripada usaha mengeratkan hubungan antara warga kedua-dua negara.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), kedua-dua negara akan menyelesaikan butiran pelaksanaan dan melaksanakan peraturan baru itu pada awal 2024.

Buat masa ini, pemegang pasport China perlu memohon visa untuk masuk ke Singapura, manakala warga Singapura boleh masuk China sehingga 15 hari tanpa visa.

Encik Wong berada di China selama empat hari sebagai sebahagian lawatan rasminya atas undangan Encik Ding. Beliau tiba di Beijing pada 5 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >