Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura, M'sia tangguh laksana had pelabuhan

Apr 09, 2019 | 05:30 AM



MALAYSIA dan Singapura masing-masing menangguhkan pelaksanaan had pelabuhan yang bertindih semalam.



Had pelabuhan kedua-dua negara kini digariskan mengikut had sedia ada pada 25 Oktober 2018 dan 6 Disember 2018.



Perubahan itu berkuatkuasa sejak 12.01 pagi semalam, kata jurucakap Penguasa Laut dan Pelabuhan Singapura (MPA).



"Penangguhan ini antara lima usul dalam laporan Kumpulan Bekerja tentang isu kelautan berhubung had pelabuhan bertindih Johor Bahru di Tanjung Piai dan Singapura di Tuas.



"Ia dipersetujui Menteri Ehwal Luar Singapura dan Malaysia pada 14 Mac untuk mengurangkan ketegangan di kawasan itu dan membuka laluan bagi usaha mengehadkan sempadan kelautan," ujarnya.



Dua negara jiran itu terikat dalam pertikaian sempadan di perairan Singapura di Tuas selepas Malaysia, secara sepihak, meluaskan had pelabuhan Johor Bahru Oktober lalu.



Singapura bertindak meluaskan had pelabuhan dalam perairan sendiri.



Bulan lalu, kedua-dua pihak bersetuju mengurangkan ketegangan.



Masing-masing menangguh tuntutan had pelabuhan yang bertindih dan kembali ke sempadan yang ditentukan sebelum itu.



Perkembangan itu diumum semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >