Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sri Lanka guna dana Covid-19 untuk import ubat genting

Meskipun berdepan kekurangan bekalan barangan keperluan
Jun 05, 2022 | 05:30 AM



NEW DELHI: Sri Lanka akan membelanjakan AS$600,000 ($824,892) daripada dana keselamatan sosial Covid-19 bagi mengimport ubat-ubatan yang amat diperlukan, meskipun berdepan kekurangan bekalan barangan keperluan.



Presiden Gotabaya Rajapaksa mengarahkan pegawainya menggunakan Dana Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Sosial Covid-19 bagi mengimport ubat-ubatan, lapor agensi berita Xinhua.



Dana itu diperoleh hasil sumbangan penderma bagi tujuan memerangi wabak Covid-19.



Sri Lanka berdepan kekurangan barangan keperluan, terutama bahan api, di samping kadar inflasi semakin meningkat.



Syarikat milik kerajaan, Litro Gas Lanka, kelmarin menghentikan pembekalan silinder gas petroleum cecair (LPG) sementara menunggu kargo baharu tiba, menurut laporan media.



Sri Lanka kini mengadakan perbincangan dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memperoleh bantuan pinjaman.



Perdana Menteri, Encik Ranil Wickremesinghe, Khamis lalu berkata rundingan itu dijangka dimuktamadkan akhir bulan ini.



"Penstrukturan semula hutang sudah bermula, berikutan pelantikan penasihat kewangan dan undangundang.



"Kami juga sudah menghubungi Jepun untuk mendapatkan bantuan. Hubungan dengan Jepun terjejas sebelum ini dan kami sedang berusaha memulihkan hubungan serta mendapatkan semula keyakinan mereka.



"Kami juga dalam proses rundingan menyambung pinjaman dengan India," katanya.



Pada pertengahan Mei lalu, Encik Wickremesinghe mengingatkan rakyatnya supaya bersiap sedia menghadapi kesusahan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua bulan lagi susulan krisis kewangan negara yang belum pernah berlaku sebelum ini.



Pemerintah Sri Lanka kelmarin mendedahkan ia menyasarkan usaha menarik lebih AS$1 bilion dalam bentuk pelaburan langsung asing (FDI) tahun ini, sedang negara itu berjuang menangani krisis kewangan terburuk sejak kemerdekaannya pada 1948.



Antara sasaran itu termasuk usulan syarikat Marubeni Corp dan Kumpulan Adani dari India, yang mahu membangunkan loji jana kuasa di pulau itu, kata pengarah agung Lembaga Pelaburan (BoI), Cik Renuka Weerakone, kepada agensi berita Reuters.



Syarikat Marubeni telah membentangkan usulan bagi membangunkan loji 800 megawatt (MW) tenaga suria dan angin sementara Kumpulan Adani telah pun selesai melakukan kajian kebolehlaksanaan bagi projek serupa 500 MW dan berharap dapat memuktamadkannya dalam masa 18 hingga 24 bulan, tambahnya.



Dua syarikat China, juga menyasarkan projek serupa.



Pemerintah Sri Lanka juga dijangkakan akan meminda undang-undang pemerintah bagi sektor tenaga bulan ini, kata Cik Weerakone, yang akan membolehkan projek berskala besar dilaksanakan dengan lebih lancar.



"Kami optimistik akan dapat memenuhi sasaran untuk tahun ini dan ia boleh dicapai sekiranya projek penjanaan semula tenaga ini boleh dilaksanakan, kami malah berasa ia boleh melangkaui apa yang disasarkan," katanya.



Bagi suku pertama tahun ini, Sri Lanka menarik projek bernilai AS$226 juta, peningkatan 16 peratus berbanding tempoh sama pada 2021, katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >