Sri Lanka selamatkan 32 kelasi Iran selepas kapal perang tenggelam, ramai dikhuatiri hilang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sri Lanka selamatkan 32 kelasi Iran selepas kapal perang tenggelam, ramai dikhuatiri hilang

Mar 4, 2026 | 6:51 PM

Sri Lanka selamatkan 32 kelasi Iran selepas kapal perang tenggelam, ramai dikhuatiri hilang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sebuah ambulans memasuki ibu pejabat tentera laut selatan Sri Lanka di Galle pada 4 Mac 2026 untuk membawa kelasi Iran yang diselamatkan dari kapal frigat Iran, IRIS Dena, yang tenggelam di luar perairan pulau itu pada hari yang sama.
Sri Lanka menyelamatkan 32 kelasi yang dilaporkan cedera parah dari kapal perang tersebut yang tenggelam di luar perairan wilayah negara itu, kata Menteri Luar Sri Lanka, Vijitha Herath.
Sebuah ambulans memasuki ibu pejabat tentera laut selatan Sri Lanka di Galle pada 4 Mac 2026 untuk membawa kelasi Iran yang diselamatkan dari kapal frigat Iran, IRIS Dena, yang tenggelam di luar perairan pulau itu pada hari yang sama. Sri Lanka menyelamatkan 32 kelasi yang dilaporkan cedera parah dari kapal perang tersebut yang tenggelam di luar perairan wilayah negara itu, kata Menteri Luar Sri Lanka, Vijitha Herath. - Foto AFP

COLOMBO: Sri Lanka menyelamatkan 32 kelasi Iran yang dilaporkan cedera parah selepas kapal perang Iran, IRIS Dena, tenggelam berhampiran perairan negara itu pada 4 Mac.

Menteri Luar Sri Lanka, Encik Vijitha Herath, berkata kelasi yang cedera telah dibawa ke sebuah hospital di selatan negara itu untuk menerima rawatan. “Seramai 32 kelasi yang cedera kritikal telah diselamatkan dan dihantar ke hospital,” katanya kepada parlimen.

Menurut beliau, punca letupan yang menyebabkan kapal perang tersebut tenggelam masih belum diketahui.

Kapal frigat yang membawa kira-kira 180 kru itu dilaporkan menghantar isyarat kecemasan pada waktu subuh sebelum tenggelam kira-kira 40 kilometer di selatan Sri Lanka.

Kementerian Pertahanan Sri Lanka berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan kru lain yang masih hilang. “Kami masih menjalankan operasi pencarian, tetapi setakat ini kami belum mengetahui apa yang berlaku kepada baki kru kapal tersebut,” kata seorang pegawai kepada AFP.
Beliau menambah bahawa peluang untuk menemui lebih ramai mangsa yang terselamat semakin tipis.

Encik Herath berkata dua kapal tentera laut Sri Lanka serta sebuah pesawat telah dikerahkan bagi membantu operasi menyelamat tersebut. Namun beliau tidak memberikan maklumat lanjut mengenai punca kapal perang Iran itu tenggelam.

Insiden itu berlaku ketika konflik ketenteraan antara Iran dengan Amerika Syarikat dan Israel masih berterusan di rantau Asia Barat.

Seorang ahli parlimen pembangkang turut membangkitkan persoalan sama ada kapal tersebut mungkin diserang sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan yang sedang berlaku terhadap Iran.
Namun pemerintah Sri Lanka tidak memberikan sebarang maklum balas segera terhadap persoalan tersebut.

Jurucakap tentera laut Sri Lanka, Encik Buddhika Sampath, berkata operasi menyelamat dijalankan selaras dengan tanggungjawab antarabangsa negara itu di kawasan Lautan Hindi. “Kami bertindak balas terhadap panggilan kecemasan mengikut tanggungjawab antarabangsa kerana kawasan ini berada dalam zon operasi mencari dan menyelamat Sri Lanka di Lautan Hindi,” katanya kepada AFP.

Menurut beliau, semua 32 kelasi Iran yang diselamatkan telah dibawa ke Hospital Besar Galle, kira-kira 115 kilometer di selatan ibu negara Colombo.

Pihak polis turut meningkatkan kawalan keselamatan di luar hospital tersebut ketika kelasi yang cedera dibawa masuk untuk rawatan.

Tentera laut dan tentera udara Sri Lanka juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan menyiarkan rakaman operasi menyelamat kerana insiden itu melibatkan aset ketenteraan negara lain.

Operasi pencarian terhadap kru lain kapal perang tersebut masih diteruskan ketika ini. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg