Topic followed successfully
Go to BHkuStarmer diasak letak jawatan selepas prestasi buruk Parti Buruh
Starmer diasak letak jawatan selepas prestasi buruk Parti Buruh
May 13, 2026 | 3:51 PM
Starmer diasak letak jawatan selepas prestasi buruk Parti Buruh
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, ketika bertemu pelatih pembinaan semasa lawatan ke London South Bank Technical College di London pada 12 Mei 2026. Lebih 100 ahli Parlimen Parti Buruh dilaporkan menandatangani satu kenyataan bagi menyatakan sokongan kepada Starmer yang kini berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan selepas keputusan buruk pilihan raya tempatan, menurut media Britain pada 12 Mei. - Foto AFP
LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, berdepan tekanan politik besar selepas keputusan buruk pilihan raya tempatan mencetuskan krisis dalam Parti Buruh, dengan beberapa ahli Parlimen dan menteri partinya sendiri dilaporkan mula mendesak beliau meletakkan jawatan.
Keputusan pilihan raya itu menyaksikan Parti Buruh mengalami kehilangan besar di England, Scotland dan Wales, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap masa depan kepimpinan Starmer.
Laporan berkaitan
PM Britain pertahan keputusan tidak sertai serangan ke atas IranMar 3, 2026 | 2:23 PM
Selepas 100 hari dilantik PM Britain, Sunak belum dapat atasi inflasiFeb 1, 2023 | 9:00 AM
