Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

‘The Straits Times’ antara jenama berita paling dipercayai: Laporan

Jun 15, 2023 | 05:24 PM



Saluran berita arus perdana antara jenama berita yang paling dipercayai di Singapura, yang menyaksikan kepercayaan masyarakat secara keseluruhan kekal stabil pada 2022, menurut laporan Digital News Report 2023 yang dijalankan oleh Reuters Institute for the Study of Journalism, yang diterbitkan pada Rabu.


Akhbar The Straits Times (ST) disenaraikan sebagai jenama berita yang kedua paling dipercayai oleh masyarakat Singapura, di antara jenama akhbar lain yang ditinjau dalam laporan tahunan institut yang berpangkalan di Universiti Oxford itu.


Kedudukan ST terikat dengan berita di Mediacorp Channel 5, dengan 73 peratus responden menyatakan mereka mempercayai laporannya.


Channel NewsAsia menduduki tempat pertama, dengan skor berjumlah 75 peratus.

Dapatan itu didedahkan sedang terdapat perbahasan di Singapura berkaitan kebebasan media dan kepercayaan audiens, sesetengahnya tertumpu pada pembiayaan pemerintah bagi SPH Media Trust (SMT) yang berjumlah sehingga $180 juta setiap tahun, dari 2023 hingga 2027.

Apabila SMT – penerbit bagi akhbar seperti ST, Lianhe Zaobao, Berita Harian dan Tamil Murasu – ditubuhkan pada 2021, dan perniagaan media Singapore Press Holdings’ disusun semula kepada entiti bukan untung, terdapat mereka yang menimbulkan persoalan bagaimana kebebasan media akan terjejas.


Sementara kepercayaan orang ramai terhadap akhbar telah jatuh secara global pada tahun lepas, ini telah membalikkan perolehan keuntungan yang terdapat di banyak negara semasa pandemik Covid-19. Namun, di Singapura, kepercayaan orang ramai telah meningkat.

Secara purata, hanya 40 peratus orang yang ditinjau di seluruh dunia berkata bahawa mereka mempercayai kebanyakkan jenama berita selalunya.

Di Singapura, perkadaran ini berjumlah 45 peratus, lebih 43 peratus dalam laporan yang diterbitkan pada 2022.

Perkara ini meletakkan Singapura di tempat ke-12 dalam senarai laporan itu, atas kepercayaan keseluruhan terhadap berita, di belakang Finland, Denmark, Norway, Sweden, Ireland, the Netherlands, Portugal, Kenya, South Africa, Nigeria dan Thailand.

Secara keseluruhan, 46 ekonomi ditinjaukan dalam laporan tersebut, dan ini meliputi lebih separuh penduduk dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >