Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suhu di Seoul cecah -11.8°C

Dec 26, 2025 | 6:04 PM
Chuncheon, wilayah Gangwon, Korea Selatan
Pemandangan di Chuncheon, wilayah Gangwon, Korea Selatan, selepas salji lebat turun semalaman di kawasan itu pada 24 Disember. - Foto EPA

SEOUL: Gelombang cuaca amat dingin melanda Korea Selatan selepas cuti Krismas.

Setakat 8 pagi (7 pagi waktu Singapura) pada 26 Disember, suhu di Seoul turun serendah bawah sifar 11.8 darjah Celsius – bacaan terendah setakat musim sejuk ini, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea.

Angin kencang menambah kedinginan suhu, sehingga mencecah bawah sifar 20 darjah Celsius.

Suhu di bawah paras beku dijangka berterusan sepanjang hari di banyak kawasan.

Suhu maksimum pada waktu siang dijangka mencecah bawah sifar 4 darjah Celsius di Seoul dan Chuncheon, wilayah Gangwon, serta bawah sifar 1 darjah Celsius di Daejeon.

Di beberapa kawasan, keadaan sejuk semakin bertambah dengan salji yang turun.

Pulau di kawasan timur Ulleungdo dan Dokdo kekal pada tahap amaran salji lebat, dengan salji diramal turun sehingga 15 sentimeter sepanjang hari.

Kawasan berbukit di Jeju diramal diselimuti salji setebal antara 5 sentimeter dengan 10 sentimeter, manakala wilayah Honam, yang merangkumi Gwangju serta wilayah Jeolla Selatan dan Utara, boleh mencatat salji setebal antara 1 sentimeter dengan 5 sentimeter. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg