Beberapa penerbangan Singapore Airlines (SIA) ke dan dari New York dibatalkan susulan ribut salji yang melanda bandar utama di Amerika Syarikat itu.
Penerbangan SIA yang dibatalkan adalah seperti berikut:
Semua waktu adalah waktu tempatan.
Ratusan penerbangan turut dibatalkan di lapangan terbang utama New York apabila ribut musim sejuk melanda bandar itu serta kawasan sekitarnya, lapor The Straits Times (ST).
Salji tebal dijangka mula turun di New York City dan di seluruh Long Island dari petang 26 Disember hingga 27 Disember, dengan penurunan salji sehingga 20 sentimeter sebelum ribut beransur reda.
SIA berkata dalam satu makluman di laman webnya bahawa memandangkan keadaan masih berubah-ubah, penerbangan lain juga mungkin terjejas.
Menurutnya, pelanggan boleh melayari halaman Status Penerbangan di laman web syarikat itu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka.
SIA turut memaklumkan pihaknya akan menghubungi semua pelanggan terjejas bagi memaklumkan pembatalan penerbangan tersebut.
Penumpang yang terjejas akan ditempatkan semula pada penerbangan alternatif atau boleh memohon bayaran balik penuh bagi bahagian tiket yang tidak digunakan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg