Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Suhu medan saingan pilihan raya kian membara sedang cuaca memburuk

Nov 13, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Setelah lebih seminggu berkempen, memperkenalkan calon dan membentangkan manifesto parti, suhu medan persaingan Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 15 semakin membara.



Seperti yang diramalkan ramai penganalisis, PRU15 kali ini adalah pertembungan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).



Satu tinjauan rambang dan kajian tidak rasmi yang viral di media sosial menujukkan sejauh ini bahawa BN mendahului dengan sokongan 35 peratus pengundi di semenanjung.



Sementara PH disokong 30 peratus - sebahagian besar kerana pengaruh kuat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di kawasan majoriti penduduk Cina.



Perikatan Nasional (PN) hanya berupaya meraih 15 peratus sokongan melalui kekuatan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri negeri pantai timur Kelantan dan Terengganu.



Pengundi atas pagar dan pengundi muda yang belum membuat keputusan dikatakan membentuk 15 peratus.



Peratusan sokongan tidak rasmi ini kelihatan hampir serupa dengan kajian ramai penganalisis politik.



Ketika dihubungi, penganalisis politik dan ekonomi, Dato Dr Ramalan Yunus, berkata tinjauan rambang itu kelihatan mempunyai asas yang kuat kerana hakikatnya adalah sokongan terhadap BN sudah mula pulih.



"Saya yakin tidak ada parti yang akan mendapat undi majoriti dua pertiga. Namun BN akan mendapat kemenangan mudah atau simple majority dan sokongan dari Sabah dan Sarawak akan memperkukuhkan kerajaan BN pasca-PRU15," tegas beliau.



Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak, yang pernah disifatkan sebagai undi simpanan tetap kerajaan BN sewaktu ia memerintah, seakan-akan melalui fasa perubahan pendirian sejak 2018.



"Asasnya adalah untuk political survival (penakatan politik). Kalau diberi pilihan mereka akan memilih BN. Kalau tidak ada pilihan mereka akan menyokong sesiapa sahaja yang mampu membentuk kerajaan pusat.



"Pendirian mereka dilihat amat jelas. Mereka tidak mahu menjadi pembangkang,' ujar Dato Dr Ramalan.



Bagaimanapun, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah menafikan dakwaan bahawa parti pimpinannya, Gabungan Parti Sarawak (GPS), telah bersetuju menyokong BN untuk membentuk kerajaan persekutuan sekiranya ia gagal mencapai majoriti mudah yang diperlukan.



Ramalan awal tentang kemungkinan sebuah kerajaan gabungan akan dibentuk semakin kuat kedengaran minggu lalu berikutan pengakuan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Dalam satu wawancara, beliau mengakui bahawa BN mungkin terpaksa bekerjasama dengan 'gabungan' lain jika gagal membentuk kerajaan majoriti selepas PRU15.



Dalam temu bual bersama NSTP Multimedia, beliau berkata BN bersedia untuk "apa jua kaedah" asalkan ia boleh membentuk kerajaan yang stabil dari segi politik.



"Masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu, (namun) kami bersedia melakukan apa sahaja untuk membentuk kerajaan yang stabil dari segi politik.



"Kita tidak mahu melihat tiga atau empat perdana menteri dalam satu penggal. Rakyat akan menjadi mangsa. Jadi 'kaedah' itu perlu sesuatu yang dibangunkan dengan baik," katanya.



Sejak beberapa hari lalu, cuaca mula berubah dengan hujan lebat setiap hari.



Banjir kilat sudah berlaku di beberapa buah kawasan. Paras air di beberapa batang sungai utama seluruh semenanjung mula mencapai tahap bahaya.



Ramalan cuaca semakin buruk mulai minggu depan telah mendorong 945 orang calon, paling ramai dalam sejarah, semakin gigih berkempen mengejar masa yang tinggal hanya tujuh hari lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >