Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG HAJI 2022

Suhu siang hari Tanah Suci boleh cecah 42- 44 darjah Celcius semasa haji

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



RIYADH: Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi telah mengeluarkan laporan bahawa suhu maksimum di Tanah Suci semasa musim haji tahun ini dijangka mencecah antara 42-44 darjah Celcius pada siang hari.



NCM menyatakan beberapa kawasan di situ juga boleh menyaksikan kegiatan angin agak kencang pada waktu siang.



Ini sebagai tambahan pada hakikat bahawa kadar habuk juga mungkin meningkat, dengan kelajuan gerakannya sehingga 35 kilometer sejam, terutama di kawasan terbuka dan lebuh raya.



Selain itu ada kemungkinan awan petir hujan terbentuk di kawasan tinggi di kawasan selatan bandar Makkah semasa tempoh haji kali ini, yang boleh menjejas kawasan Tanah Suci dengan angin berdebu, kata NCM.



Sementara itu, Pengarah Pasukan Keselamatan Awam dan Komander Pasukan Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Muhammad Al-Bassami, menegaskan tiada ruang bagi slogan politik di Tanah Suci semasa musim haji.



"Kementerian Dalam Negeri tidak akan membenarkan perkara ini berlaku, apa sahaja yang menjejas keselamatan dan aspek keselamatan jemaah haji," katanya dalam satu sidang media kelmarin, selepas meninjau persiapan pasukan keselamatan haji bagi musim haji kali ini.



Ketika ditanya tentang peranan wanita dalam operasi keselamatan haji, Jeneral Al-Bassami berkata: "Fasa klasifikasi antara lelaki dengan wanita telah berakhir kerana integrasi lengkap telah berlaku."



Beliau melahirkan rasa bangga akan peranan yang dimainkan wanita dalam sektor keselamatan.



Jeneral Al-Bassami mengisytiharkan kesediaan semua sektor keselamatan dan ketenteraan memberi perkhidmatan terbaik semasa musim haji.



"Semua rancangan telah disediakan bagi ibadah haji yang selamat dan tanpa kerumitan," kata beliau lagi.



Pada sidang media itu, komander Angkatan Jawazat (pihak berkuasa passport) Haji, Mejar Jeneral Saleh Al-Murabba, mengumumkan selesainya fasa ketibaan jemaah dari luar Arab Saudi melalui lapangan terbang, pelabuhan dan pintu masuk darat. - Saudi Gazette.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >