Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

LAPORAN KHAS BH - MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Sukar ramal sejauh mana pengundi muda pengaruhi pilihan raya

Oct 29, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN mereka mungkin lantang bersuara mengkritik dasar politik di media sosial, golongan muda di Malaysia tidak semestinya automatik akan mengundi pembangkang.



Bahkan menurut pengamat, persoalan yang lebih besar adalah sama ada mereka akan menggunakan hak mengundi mereka dengan keluar mengundi pada 19 November nanti.



Terdapat hampir 10.7 juta warga muda berusia 18 hingga 39 tahun yang membentuk 50.5 peratus pengundi di Malaysia bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Pengamat politik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata bilangan pengundi muda itu merupakan angka yang besar dan perlu diberi perhatian oleh mana-mana parti politik yang bertanding.



"Mereka perlu memastikan tawaran terbaik bagi keperluan golongan tersebut, mestilah sesuai dengan cita rasa dan dapat memenuhi keperluan kelompok itu," ujarnya.



Sebagai contoh, beliau berkata isu perumahan yang dimampui, peluang pekerjaan, gaji yang munasabah serta pembiayaan dan peluang pendidikan merupakan antara isu utama yang menjadi keprihatinan pengundi muda.



Oleh itu, rancangan parti politik untuk menangani isu tersebut adalah penting untuk menarik undi golongan tersebut.



Ini juga merupakan kali pertama hampir 1.4 juta pengundi berusia 18 hingga 20 tahun dapat mengundi dalam sebuah PRU sejak pelaksanaan Undi18 yang menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.



Sebelum ini, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu menjadi medan bagi pengundi Generasi Z di negeri itu melalui pengalaman mengundi buat kali pertama.



Namun dalam PRN Johor itu, hanya 54.9 peratus pengundi keluar mengundi.



Zamil Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun, berkata kesan Undi18 pada PRU15 masih tidak diketahui.



"Ramai pengundi muda dan kali pertama mungkin keluar mengundi atau mereka juga mungkin tidak.



"Malah, bilangan pengundi muda dan kali pertama yang liberal atau konservatif juga belum dapat ditentukan," ujarnya.



Antara faktor yang dijangka mempengaruhi cara pengundi, khususnya pengundi lebih muda yang berusia 18 hingga 20 tahun, mengundi termasuk kecelikan politik mereka serta pengaruh ibu bapa.



Dalam satu wawancara dengan akhbar ini, Dr Awang Azman berkata terdapat tahap kecelikan politik yang berbeza - tinggi, sederhana atau rendah - dalam kalangan mereka.



Beliau berkata: "Kalau tahap kecelikan politik mereka rendah, bermakna mereka tidak dapat melihat keseluruhan sesebuah isu semasa membuat pemilihan.



"Namun bagi pengundi yang mempunyai tahap kecelikan politik yang tinggi, mereka akan lebih tahu untuk memilih yang sesuai.



"Sama ada pengundi itu mempunyai kecelikan politik atau sebaliknya, akhirnya ia bergantung balik pada sejauh mana sentimen yang ada pada mereka dapat diterjemahkan dalam bentuk undi.



"Mungkin mereka akhirnya tak mahu turun mengundi dengan pelbagai alasan seperti jauh, mahal, (mengambil) masa.



"Walaupun mereka bersifat kritikal di media sosial, namun sejauh manakah ia akan diterjemahkan dalam bentuk undi? Itu yang lebih penting."



Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, berkata golongan pengundi muda bukan satu blok kumpulan yang sama.



"Tidak semestinya mereka propembangkang seperti yang ramai jangkakan. Ini kali pertama mereka mengundi dan kita masih belum tahu sentimen mereka," ujarnya.



Bersependapat, Dr Awang Azman berkata kecelikan politik dalam kalangan pengundi muda juga bergantung pada demografi, dengan sentimen mereka dari kawasan bandar mungkin berbeza daripada sentimen mereka dari luar bandar.



Tambahnya, pengundi bandar juga tidak semestinya lebih celik politik berbanding pengundi dari luar bandar.



"Hasilnya akan dapat kita lihat nanti pada hari mengundi atau beberapa hari terakhir tempoh berkempen dari segi sambutan pengundi terhadap kempen blok-blok politik berbeza," ujar beliau.




"Sama ada pengundi itu mempunyai kecelikan politik atau sebaliknya, akhirnya ia bergantung balik pada sejauh mana sentimen yang ada pada mereka dapat diterjemahkan dalam bentuk undi."
- Penganalisis politik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >