Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Brunei ketuai sambutan Maulidur Rasul

Sep 29, 2023 | 2:40 PM
PERARAKAN MAULUD NABI: Sultan Brunei Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah (depan, tengah)  mengetuai Perarakan Maulud Nabi Muhammad saw 1445 Hijrah di Bandar Seri Begawan pada Khamis. Berangkat sama ialah Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (depan, paling kiri).
PERARAKAN MAULUD NABI: Sultan Brunei Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah (depan, tengah) mengetuai Perarakan Maulud Nabi Muhammad saw 1445 Hijrah di Bandar Seri Begawan pada Khamis. Berangkat sama ialah Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (depan, paling kiri). - Foto FACEBOOK KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, pada Khamis berkenan berangkat mengetuai perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad saw Peringkat Negara bagi 1445 Hijrah di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Ketua Hakim Syarie, Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim Haji Besar sebelum sembah alu-aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis diikuti dengan persembahan Dikir Marhaban dan bacaan Sayyidul Istighfar oleh gabungan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Sebaik sahaja sampai kepada ‘Ya Habibi’, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.

Pada 2023, seramai 5,037 orang menyertai perarakan terdiri daripada 87 pasukan dalam lima kategori iaitu pasukan tidak bernombor; kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan; institusi pengajian tinggi, maktab, sekolah menengah, sekolah arab, sekolah menengah swasta; kampung-kampung dan masjid; dan persatuan serta sektor swasta. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg