Sumber: AS dijangka kerah beribu-ribu lagi askar ke Timur Tengah
Sumber: AS dijangka kerah beribu-ribu lagi askar ke Timur Tengah
Mar 25, 2026 | 1:08 PM
Sumber: AS dijangka kerah beribu-ribu lagi askar ke Timur Tengah
Seorang wanita dibantu petugas kecemasan selepas satu serangan dilaporkan berlaku di Tehran, Iran, dalam rakaman video yang dikeluarkan pada 23 Mac 2026, ketika Amerika Syarikat dijangka mengerahkan sekitar 3,000 hingga 4,000 anggota Divisyen Airborne ke-82 ke Asia Barat dalam beberapa hari akan datang. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Pentagon dijangka menghantar beribu-ribu askar dari Divisyen Payung Terjun ke-82 elit Tentera Darat Amerika Syarikat ke Timur Tengah, kata dua sumber yang biasa dengan perkara itu pada 24 Mac.
Menurut sumber peningkatan besar-besaran ketumbukan tentera Amerika itu dirancang meskipun Presiden Donald Trump bercakap tentang kemungkinan mencapai perjanjian dengan Teheran untuk menamatkan perang. Salah satu sumber berkata Pentagon dijadualkan menghantar antara 3,000 dengan 4,000 askar.
Laporan berkaitan
Pentagon bentang pilihan serangan lebih luas terhadap Iran Jan 13, 2026 | 1:40 PM
Iran beri amaran harga minyak naik AS$200 setong ketika ia bedil kapal dagangMar 12, 2026 | 12:51 PM

