Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumber: Rundingan G20 di Brazil capai kata sepakat dalam isu biaya iklim

Ketua PBB gesa pemimpin G20 muktamadkan rundingan perubahan iklim
Nov 18, 2024 | 1:48 PM
Para aktivis di Botafogo, Rio de Janeiro, menggesa pemimpin negara Kumpulan 20 (G20) agar melahirkan komitmen jelas untuk melindungi kawasan Amazon.
Para aktivis di Botafogo, Rio de Janeiro, menggesa pemimpin negara Kumpulan 20 (G20) agar melahirkan komitmen jelas untuk melindungi kawasan Amazon. - Foto REUTERS

RIO DE JANEIRO: Isu ketegangan diplomatik berhubung pemanasan sejagat mengalir ke dalam rundingan sidang puncak Kumpulan 20 (G-20) di Brazil pada 18 Oktober, dengan sumber menyatakan bahawa 20 ekonomi utama mencapai kata sepakat yang rapuh mengenai kewangan iklim.

Ketua negara mula tiba di Rio de Janeiro pada 17 November untuk sidang puncak G20 dan untuk menangani isu daripada kemiskinan dan kelaparan kepada pembaharuan institusi global.

Rundingan itu kini juga perlu menangani keganasan yang semakin meningkat di Ukraine selepas serangan udara Russia pada 17 November.

Namun, perbincangan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sedang berlangsung telah memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani pemanasan global.

Sementara sidang puncak perubahan iklim tahunan COP29 di Baku, Azerbaijan, ditugaskan untuk mencapai matlamat menggerakkan ratusan bilion dolar untuk perubahan iklim, namun separuh pemimpin ekonomi utama G20 yang berada di Rio masih mengikat dompet masing-masing.

Negara G20 menyumbang 85 peratus daripada ekonomi dunia dan merupakan penyumbang terbesar kepada bank pembangunan pelbagai hala yang membantu mengemudi kewangan iklim.

“Sorotan secara semula jadi adalah pada G20. Ia menyumbang 80 peratus daripada pelepasan global,” kata Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, kepada pemberita di Rio de Janeiro.

Beliau menyatakan kebimbangan mengenai keadaan rundingan COP29 di Baku dan menyeru pemimpin G20 untuk berbuat lebih banyak untuk menangani masalah perubahan iklim.

“Sekarang adalah masa untuk kepimpinan melalui teladan daripada ekonomi terbesar dunia,” kata Encik Guterres.

Ketua iklim PBB, Encik Simon Stiell, menulis surat kepada pemimpin G20 pada 16 November memohon agar mereka bertindak ke atas kewangan iklim, termasuk meningkatkan geran untuk negara membangun dan memajukan pembaharuan bank pembangunan pelbagai hala.

Bagaimanapun, perselisihan serupa yang telah melanda COP29 sejak ia bermula 16 November, menjadi tumpuan dalam rundingan G20, ujar diplomat yang rapat dengan rundingan Rio.

COP29 mesti menetapkan matlamat baru dari segi jumlah pembiayaan yang harus disumbangkan negara maju, bank pelbagai hala dan sektor swasta kepada negara membangun.

Pakar ekonomi memberitahu sidang puncak itu sekurang-kurangnya AS$1 trilion ($1.3 trilion) diperlukan untuk tujuan itu.

Negara kaya, terutama di Eropah, telah menyatakan bahawa matlamat itu boleh dipersetujui hanya jika mereka mengembangkan pangkalan penyumbang dengan menyertakan beberapa negara membangun yang lebih kaya, seperti China dan pengeluar minyak utama Timur Tengah.

Pada 16 November, perbincangan mengenai kenyataan bersama G20 di Rio melibatkan isu yang sama, dengan negara Eropah mendesak lebih banyak negara menyumbang, kata diplomat yang rapat dengan rundingan itu.

Namun pada pagi 17 November, perunding bersetuju dengan teks yang menyebut sumbangan sukarela negara membangun kepada kewangan iklim, tidak lagi menyebutnya sebagai kewajipan, tambah dua diplomat.

Kejayaan itu masih dibayangi oleh kembalinya Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Encik Donald Trump, yang dilaporkan merancang menarik negaranya daripada perjanjian iklim Paris.

Pemilihannya menimbulkan keraguan berapa banyak wang yang boleh dikumpulkan dunia untuk menangani perubahan iklim, mungkin tanpa sokongan ekonomi terbesar dunia. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg