Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump rancang tarik diri daripada perjanjian iklim Paris

Nov 9, 2024 | 5:19 PM
Presiden Amerika yang dipilih, Encik Donald Trump, berjanji mengambil banyak tindakan yang disenaraikan dalam kempen pilihan rayanya.
Presiden Amerika yang dipilih, Encik Donald Trump, berjanji mengambil banyak tindakan yang disenaraikan dalam kempen pilihan rayanya. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Pasukan peralihan Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump telah menyediakan perintah eksekutif dan pengisytiharan mengenai penarikan diri daripada perjanjian iklim Paris dan mengecilkan saiz beberapa monumen negara bagi membolehkan lebih banyak penggerudian dan perlombongan dijalankan.

Encik Trump juga dijangka menamatkan langkah menggantung eksport gas asli cecair (LNG) baru ke pasaran besar di Asia dan Eropah serta membatalkan pelepasan yang membolehkan California dan negeri lain mempunyai piawaian pencemaran yang lebih ketat, menurut laporan agensi berita.

Beliau berjanji sewaktu berkempen untuk mengambil banyak tindakan yang disenaraikan dalam laporan itu.

Jurucakap pasukan peralihan Encik Trump, Cik Karoline Leavitt, berkata dalam respons kepada pertanyaan media bahawa keputusan pilihan raya 5 November telah memberi Encik Trump “mandat untuk melaksanakan janji yang dibuat dalam kempennya dan beliau akan kotakannya”.

Pentadbiran Presiden Joe Biden menggantung kelulusan eksport LNG baru pada Januari untuk melengkapkan kajian tentang kesan alam sekitar dan eksport kepada ekonomi Amerika.

Jabatan Tenaga Amerika akan menyiapkan draf analisis yang dikemas kini untuk tempoh ulasan awam selama 60 hari sebelum akhir tahun, kata seorang pegawai jabatan.

Beberapa orang dalam pasukan peralihan juga sedang berbincang untuk memindahkan ibu pejabat Agensi Perlindungan Alam Sekitar keluar daripada Washington, kata laporan itu, memetik seorang pegawai yang terlibat dalam perbincangan itu.

Perjanjian Paris adalah perjanjian global bagi melaksanakan objektif Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim.

Di bawah perjanjian itu, Amerika sebelum ini telah menyerahkan sumbangan yang telah ditentukan di peringkat Nasional (NDC) dan komited mengurangkan pelepasan gas rumah hijau negara sebanyak 26 hingga 28 peratus di bawah paras 2005 menjelang 2025.

Perjanjian Paris tidak membenarkan pihak-pihak menyerahkan notis penarikan diri mereka sehingga tiga tahun selepas ia mula berkuat kuasa pada 4 November 2016.

Sebaik sahaja mereka serahkan notis sedemikian, terdapat tempoh satu tahun sebelum ia dikuatkuasakan. Justeru, penarikan diri tidak akan berkuat kuasa sehingga 4 November 2020. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg