Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sumber tenaga alternatif belum mampu penuhi permintaan: eksekutif Saudi Aramco

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



KRISIS tenaga global yang berterusan menunjukkan bahawa sumber alternatif masih belum bersedia memikul beban berat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, terutamanya di rantau yang mencatatkan pertumbuhan tinggi seperti Asia, menurut seorang eksekutif terkemuka firma minyak Saudi Aramco.



Encik Mohammed Al Qahtani, naib presiden kanan perniagaan global Saudi Aramco, berkata pelaburan berterusan dalam sektor minyak dan gas dan dalam huraian tenaga baru dan konvensional akan menjadi penting untuk memastikan peralihan tenaga yang teratur.



"Perjalanan kami ke dunia bersih-sifar tidak boleh berlaku dalam sekelip mata - peralihan tenaga yang mampan dan dimampui memerlukan pelaburan berterusan dalam minyak dan gas kerana ia akan terus memainkan peranan penting dalam campuran tenaga untuk tahun-tahun mendatang untuk melindungi keselamatan tenaga," kata Encik Qahtani, yang menyelia perniagaan penapisan, perdagangan, pembekalan dan kimia syarikat tenaga terbesar di dunia.



"Kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu memenuhi permintaan dunia untuk tenaga yang lebih bersih, boleh dipercayai dan berpatutan, sambil mengurangkan intensiti karbon merentas rantaian nilai," tambahnya, dalam laporan The Straits Times (ST).



Keselamatan tenaga telah muncul sebagai isu utama berikutan konflik Russia-Ukraine, dan ia sekali lagi mengalihkan pandangan terhadap kurangnya pelaburan dalam sektor minyak dan gas kerana huraian tenaga alternatif diberi keutamaan berdasarkan komitmen terhadap penyahkarbonan.



Bekalan yang terhad telah menjejaskan Eropah, manakala harga minyak dan gas yang tinggi turut menjejas Asia.



Encik Qahtani berkata bahawa Saudi Aramco milik kerajaan, yang bersaing dengan syarikat Apple untuk menjadi syarikat paling berharga di dunia, kekal komited untuk mengembangkan perniagaannya di Asia. Pada 2021, hampir 80 peratus daripada eksport minyak firma itu disalurkan ke Asia.



Bulan lalu, S&P Global Commodity Insights berkata pertumbuhan permintaan minyak di Asia dijangka meningkat semula kepada lebih sejuta tong sehari pada 2023.



Saudi Aramco, yang mempunyai permodalan pasaran sekitar AS$2 trilion ($2.9 trilion) berdasarkan harga saham semasa, mempunyai pelaburan penting di Asia Tenggara, dengan pelaburan berbilion dolarnya dalam penapisan utama firma Malaysia Petronas dan projek petrokimia di Pengerang di Johor.



Encik Qahtani, yang juga pengerusi Aramco Trading dan Motiva Enterprises yang berpangkalan di Amerika Syarikat, berkata operasi di The Pengerang Refining Company dan Pengerang Petrochemical, yang juga dikenali sebagai PRefChem, disambung semula pada Mei lalu selepas ia ditutup berikutan satu kebakaran pada Mac 2020.



Encik Qahtani, yang berada di Singapura selepas lawatan ke Pengerang, menyatakan bahawa kilang di PRefChem dijangka mencapai kapasiti pengeluaran penuhnya sebanyak 300,000 tong sehari menjelang akhir tahun ini.



Pasaran eksport utama untuk bahan api ditapisnya ialah Asia, yang merupakan "rumah kepada beberapa ekonomi terbesar dan paling pesat berkembang di dunia".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >