Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sumber: Trump tiada rancangan anjur sidang puncak G7

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat yang bakal mengundur diri Donald Trump tidak membuat rancangan untuk menganjurkan sidang puncak Kumpulan Tujuh Negara (G7) ekonomi maju setelah membatalkan perhimpunan Jun itu akibat pandemik Covid-19, kata tiga sumber diplomatik kelmarin.



Presiden parti Republikan itu, yang enggan menerima kemenangan calon Demokrat Joe Biden dalam pilihan raya 3 November lalu, belum membuat keputusan muktamad.



Namun, masa semakin suntuk untuk merancang sidang puncak besar sebelum beliau menyerah kuasanya pada 20 Januari, kata salah seorang sumber diplomatik dan sumber keempat yang dekat.



Tiga sumber diplomatik berkata tiada pendekatan dibuat pentadbiran Encik Trump mengenai tarikh atau agenda untuk kemungkinan sidang puncak G7 diadakan.



Sementara mesyuarat dalam talian mungkin boleh diadakan, tiada usaha mengenai sebarang kenyataan bersama - proses yang biasanya memakan waktu berbulan-bulan, kata satu sumber.



Rumah Putih enggan memberi komen.



Britain, yang dijangka mengambil alih jawatan presiden G7 yang bergilir-gilir daripada Amerika pada Januari, minggu lalu mengucapkan tahniah kepada Encik Biden atas kemenangannya dan mengundangnya ke Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Scotland tahun depan, serta sidang puncak G7.



Encik Trump pertama kali membatalkan rancangan sidang puncak 10 Jun secara bersemuka itu pada Mac akibat pandemik.



Tetapi, Encik Trump kemudian berusaha menganjurkannya semula, hanya untuk membatalkan rancangan itu pada Mei selepas pemimpin Jerman Angela Markel berkata beliau tidak akan hadir dan pemimpin lain menyuarakan kebimbangan.



Pada Ogos lalau, Encik Trump mengatakan beliau cenderung menganjurkan mesyuarat dalam "suasana yang lebih tenang" setelah pilihan raya presiden, tetapi belum ada tindakan lanjut, kata salah seorang sumber.



Encik Trump juga berkata beliau akan memperluaskan senarai tetamu termasuk mengundang Australia, Russia, Korea Selatan dan India, menepis tanggapan G7 sebagai "kumpulan negara yang sangat ketinggalan zaman".



Gesaan Encik Trump untuk mengundang Russia mendapat sambutan dingin daripada Jerman dan sekutu lain.



Russia dibuang keluar pada 2014 daripada kumpulan yang ketika itu dipanggil G8, ketika pendahulu Encik Trump, Encik Barack Obama, dilantik presiden Amerika, setelah Moscow mengambil alih wilayah Crimea daripada Ukraine.



Russia masih mengawal wilayah itu dan pelbagai pemerintah G7 menolak gesaan Encik Trump sebelum ini untuk menerima semula keanggotaan Moscow.



G7 merangkumi Amerika, Britain, Perancis, Jepun, Jerman, Italy dan Canada. Kesatuan Eropah juga menghadirinya.



Kumpulan ini mula berhimpun pada 1975, awalnya tanpa Canada. - Reuters .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >