Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Superman dan Cinderella beri vaksinasi Covid-19 buat si cilik di Czech Republic

Jan 08, 2022 | 11:44 PM



PRAGUE: Superman, Cinderella dan Minions merupakan antara watak dalam filem, komik dan kisah dongeng tetapi pada Sabtu (8 Januari), mereka merupakan individu penting yang menyambut kanak-kanak di pusat vaksinasi Covid-19 sekitar Prague.



Misi mereka adalah mengurangkan tekanan kanak-kanak yang keresahan untuk menerima suntikan sulung mereka.



Walaupun kadar jangkitan koronavirus di negara ini tidak begitu mengejutkan sejak sebulan lalu, Czech Republic berusaha menambah kadar vaksinasi sedang ia menentang varian Omicron.



Ini memandangkan kadar vaksinasi di negara ini ketinggalan berbanding negara Kesatuan Eropah (EU) lain.



Dengan kanak-kanak antara usia lima hingga 11 tahun kini layak untuk menjalani vaksinasi, kakitangan yang mengenakan kostum adiwira dan watak filem atau kartun di salah sebuah pusat vaksinasi di ibu kota Czech ini membantu kanak-kanak yang datang untuk divaksin.



"Kami fikir lebih baik untuk adakan sehari hanya untuk kanak-kanak. Dan kerana kanak-kanak ini biasanya agak takut dengan suntikan vaksin, kami mengambil keputusan untuk mengadakan hari kisah dongeng agar pengalaman mereka lebih menyenangkan," kata pekerja pusat vaksinasi, Nikola Melicharova, yang hadir dengan kostum Snow White.



Sekitar 62.4 peratus penduduk negara seramai 10.7 juta itu sudah mendapatkan vaksinasi lengkap berbanding kadar 68.6 peratus yang dicapai oleh keseluruhan negara EU, jelas Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.



Czech Republic mula memberikan suntikan buat kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun pada pertengahan Disember.



Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 27,000 suntikan ditadbir buat kumpulan ini sehingga Jumaat.



Sesetengah kanak-kanak menangis tetapi jumlahnya berkurangan kerana mereka dapat berbual dengan watak kegemaran mereka.



"Saya berasakan vaksinasi ini baik buat kanak-kanak. Ia satu-satu cara keluar daripada pandemik ini," kata Jaroslav Kottner yang membawa anak lelakinya yang berusia sembilan tahun untuk divaksin. - Reuters



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >