WASHINGTON: Seorang lelaki berdepan tuduhan cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, selepas didakwa cuba melepaskan tembakan dalam satu majlis makan malam media berprofil tinggi di ibu negara pada 25 April.

Suspek, Cole Allen, 31 tahun, didakwa di mahkamah persekutuan pada 27 April atas kesalahan cuba membunuh presiden ketika majlis anjuran Persatuan Wartawan Rumah Putih yang berlangsung di sebuah hotel di Washington.