Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suspek insiden tikaman di Jerman ditahan

Aug 25, 2024 | 2:00 PM
Sebagai tanda bergabung, orang ramai menyalakan lilin dan meletakkan bunga berhampiran kawasan serangan pisau di bandar Solingen, yang menyebabkan tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera.
Sebagai tanda bergabung, orang ramai menyalakan lilin dan meletakkan bunga berhampiran kawasan serangan pisau di bandar Solingen, yang menyebabkan tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera. - Foto AFP

SOLINGEN (Jerman): Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menjadi suspek dalam kes serangan pisau yang mengakibatkan tiga orang terbunuh dan lapan lagi cedera di bandar Solingen di barat Jerman, telah ditahan, menurut pihak berkuasa pada 25 Ogos.

Lelaki itu mengaku melakukan jenayah itu.

“Penglibatan individu ini masih disiasat secara intensif,” menurut polis Duesseldorf dan pendakwa raya persekutuan Jerman, dalam satu kenyataan bersama.

Lelaki itu ditangkap sekitar 24 jam selepas serangan itu. Dua lagi lelaki, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun juga dilaporkan telah ditahan kerana dipercayai bersubahat dengan suspek utama.

Dalam kes itu, seorang lelaki telah menyerang sebilangan orang dengan pisau, khususnya di kerongkong mangsa, kata polis.

Menteri Dalam Negeri Rhine-Westphalia Utara, Encik Herbert Reul memberitahu penyiar Jerman, ARD bahawa beliau “berasa agak lega” selepas pihak berkuasa mendapat petunjuk berhubung kes itu dan berjaya menahan suspek tersebut.

Kumpulan pengganas ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan tikaman pada 23 Ogos itu.

Polis menghabiskan masa seharian untuk mengesan suspek itu, kata Encik Reul.

Menyifatkan penyerang dalam insiden itu sebagai “askar Negara Islam”, kumpulan IS berkata dalam satu kenyataan di akaun Telegram:

“Dia melakukan serangan itu sebagai tindakan membalas dendam untuk umat Islam di Palestin dan di mana-mana sahaja.” – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg