Suspek kejadian kedua cuba bunuh Trump, didakwa di mahkamah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suspek kejadian kedua cuba bunuh Trump, didakwa di mahkamah

Sep 17, 2024 | 1:12 PM

Suspek kejadian kedua cuba bunuh Trump, didakwa di mahkamah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ryan W. Routh, suspek yang cuba membunuh mantan Presiden, Encik Donald Trump, telah didakwa di mahkamah di West Palm Beach pada 16 September atas tuduhan memiliki senjata api.
Ryan W. Routh, suspek yang cuba membunuh mantan Presiden, Encik Donald Trump, telah didakwa di mahkamah di West Palm Beach pada 16 September atas tuduhan memiliki senjata api. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Seorang lelaki yang disyaki bersembunyi selama hampir 12 jam dalam cubaan membunuh mantan Presiden Encik Donald Trump di padang golfnya di Florida, telah didakwa atas dua jenayah memiliki senjata api pada 16 September.

Suspek didakwa sehari selepas pihak berkuasa berkata dia dikesan di dalam semak, dengan senapang ketika Encik Trump bermain golf di padang berdekatan.

Encik Trump, calon presiden Republikan dalam pilihan raya pada 5 November, tidak mengalami sebarang kecederaan kerana suspek tidak melepaskan sebarang tembakan.

Tetapi, kejadian itu menimbulkan persoalan tentang bagaimana seorang suspek bersenjata boleh mendekatinya – hanya dua bulan selepas seorang lagi lelaki bersenjata menembak Encik Trump semasa perhimpunan 13 Julai di Butler, Pennsylvania, mencederakan telinganya akibat kesan peluru.

Kunjungan Encik Trump ke padang golfnya di West Palm Beach tidak mengikut jadual awamnya, kata Pemangku Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika, Encik Ronald Rowe, kepada pemberita.

Tidak jelas sama ada suspek tahu Encik Trump akan berada di padang golfnya itu atau sebaliknya.

Perkhidmatan Rahsia melepaskan tembakan selepas seorang ejen yang memeriksa kawasan golf itu melihat muncung laras senapang di celah semak sekitar beberapa ratus meter dari mantan presiden itu yang berada di laluan lubang kelima.

Lelaki bersenjata itu melarikan diri dengan sebuah kenderaan utiliti sukan. Pegawai menemui senapang, kamera digital dan beg plastik makanan yang ditinggalkannya.

Suspek, yang dikenal pasti sebagai Ryan W. Routh, 58 tahun, ditahan kira-kira 40 minit kemudian ketika memandu ke utara di Interstate 95.

Plat kenderaannya dilaporkan dicuri dari kereta lain.

Rekod menunjukkan telefon yang dikaitkan dengan Routh dikesan di padang golf pada pagi 15 September – sekitar lebih 11 jam sebelum kejadian.

Routh dihadapkan di mahkamah persekutuan di West Palm Beach pada 16 September atas tuduhan memiliki senjata api dan memiliki senjata api dengan nombor siri yang dihapuskan.

Pada 2002, Routh, yang mengaku bersalah di North Carolina kerana memiliki pistol automatik yang tidak berdaftar, dikenakan menjalani probesen. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg