Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek tembakan kereta api bawah tanah NY ditangkap

Dikenakan tuduhan pengganasan
Apr 15, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Lelaki yang disyaki melepaskan bom asap dan tembakan di kereta api bawah tanah New York City, mencederakan 23 orang, ditangkap kelmarin atas tuduhan menyerang secara ganas selepas pencarian besar-besaran oleh pihak berkuasa.



Suspek itu, Frank James, 62 tahun, ditahan di Lower Manhattan, kira-kira 13 kilometer dari tempat kejadian Selasa lalu itu.



Pihak berkuasa menentukan lokasi suspek dengan bantuan penduduk, beberapa daripada mereka menyiarkan maklumat itu di media sosial, kata polis.



James ditahan 30 jam selepas serangan itu, yang berlaku semasa sebuah kereta api bawah tanah yang sedang menuju ke Manhattan di laluan N memasuki stesen bawah tanah di kawasan kejiranan Sunset Park di Brooklyn.



"Rakan penduduk New York, kami telah dapat menahannya," kata Datuk Bandar, Encik Eric Adams, pada satu sidang media bagi mengumumkan penahanan itu.



"Kami akan melindungi penduduk bandar ini dan menangkap mereka yang percaya mereka boleh membawa keganasan kepada penduduk New York setiap hari."



James, penduduk New York City dengan alamat di Philadelphia dan Wisconsin, mempunyai rekod sembilan tangkapan di New York dan tiga di New Jersey, menurut Jabatan Polis New York (NYPD).



Satu aduan jenayah setebal 10 muka surat yang difailkan pendakwa raya persekutuan kelmarin di Mahkamah Daerah di Brooklyn mendakwa James dengan satu pertuduhan melakukan pengganasan atau serangan ganas lain terhadap sistem pengangkutan massa.



Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara seumur hidup.



Dia dijadual membuat penampilan pertama di mahkamah semalam.



James dituduh melepaskan dua bom asap di dalam kereta api bawah tanah dan kemudian melepaskan tembakan ke arah penumpang lain dengan pistol separa automatik.



Pistol itu, yang dibeli pada 2011, kemudian ditemui di tempat kejadian bersama beberapa bunga api gred pengguna dan bekas petrol, menurut pihak berkuasa.



Polis berkata 10 orang terkena tembakan, lima daripada mereka disenaraikan dalam keadaan kritikal tetapi stabil.



Seramai 13 orang lain cedera selepas tergesa-gesa melarikan diri keluar dari gerabak kereta api yang diselubungi asap. Kesemua mangsa itu dijangka selamat.



James ditahan di kawasan kejiranan East Village Manhattan selepas dia dikesan orang ramai yang mengenalinya daripada poster polis dan menyampaikan lokasinya kepada pihak berkuasa.



Pihak berkuasa menyatakan siasatan sedang diteruskan mengenai motif James. Tumpuan mereka sebahagiannya pada mesej dan video media sosial yang disiarkannya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >