Topic followed successfully
Go to BHkuSuspek tembakan Rumah Putih pernah dinobat ‘guru terbaik’
Suspek tembakan Rumah Putih pernah dinobat ‘guru terbaik’
Apr 27, 2026 | 11:37 AM
Suspek tembakan Rumah Putih pernah dinobat ‘guru terbaik’
Anggota penguat kuasa undang-undang menahan Cole Tomas Allen, suspek dalam insiden tembakan semasa majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih, di Washington, D.C., Amerika Syarikat, 25 April 2026. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Lelaki yang dituduh melepaskan tembakan semasa majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih dilaporkan mengecam dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan menggelar dirinya sebagai “Pembunuh Persekutuan Mesra” dalam tulisan yang dihantar kepada ahli keluarganya beberapa minit sebelum serangan.
Dalam nota yang dikaitkan dengan suspek oleh pihak berkuasa, lelaki bersenjata itu turut menulis bahawa pegawai pentadbiran merupakan “sasaran” yang disusun mengikut keutamaan daripada yang paling tinggi hingga paling rendah.
Laporan berkaitan
Tembakan cetus cemas di majlis Trump, suspek ditahanApr 26, 2026 | 5:42 PM
Perancang bunuh Trump di padang golf Florida dihukum penjara seumur hidupFeb 5, 2026 | 2:44 PM

