WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada 26 April berkata suspek yang cuba menyerang pegawai pentadbiran ketika majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih pada Sabtu malam adalah seorang “individu yang sakit” dan memiliki manifesto berunsur anti-Kristian.

Encik Trump berkata dalam wawancara televisyen bahawa keluarga suspek sebelum ini telah menyuarakan kebimbangan kepada pihak berkuasa mengenai tingkah lakunya. Suspek, yang dikenal pasti sebagai Cole Tomas Allen, 31 tahun, dari Torrance, California, ditahan di lokasi kejadian di Washington, D.C.