Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat pemula S’pura teroka teknologi angkasa lepas

Jul 23, 2023 | 05:30 AM



Terkenal dengan landskap bandar dan saiznya yang kecil, Singapura bukanlah negara pertama yang terlintas di fikiran mengenai ruang kosong angkasa yang luas, atau mengenai pelancaran pesawat angkasa lepas. 

Namun, industri angkasa lepas Singapura kian berkembang.

Sejak 2011, Singapura telah menghantar lebih 20 satelit ke angkasa lepas, kebanyakannya digunakan untuk tujuan penyelidikan.

Tiga daripada satelit itu dilancarkan pada Jun 2022. 

Menurut Pejabat Industri dan Teknologi Angkasa Lepas Singapura, sektor angkasa lepas setempat merangkumi lebih 2,000 karyawan dan penyelidik yang bekerja di lebih 60 syarikat aktif dalam bidang berkaitan – daripada reka bentuk dan pengilangan, ke perkhidmatan berasaskan satelit seperti memproses data. 

Salah satu syarikat itu, Equatorial Space Systems, menerima AS$1.5 juta ($2 juta) dalam pendanaan permulaan yang dipimpin syarikat Elev8 pada awal 2023. Pelabur lain termasuk Seeds Capital dan Masik Enterprises.

Pengurus besar Seeds Capital, Cik Tan Kaixin, berkata kebanyakan pertumbuhan itu dikaitkan dengan reputasi Singapura sebagai “tempat subur untuk usaha niaga”, disokong oleh budaya inovasi dan keusahawanan yang kukuh.

“Walaupun angkasa lepas sebahagian besarnya menjadi domain entiti pemerintah besar, inovasi berterusan telah banyak mengurangkan pembangunan dan kos operasi bagi teknologi angkasa lepas seperti satelit, mengurangkan kemasukan pemain kecil dan syarikat pemula,” katanya kepada The Straits Times.


Encik Simon Gwozdz, ketua eksekutif dan pengasas Equatorial Space Systems, syarikat pemula yang merupakan pendorong roket dan pelancaran angkasa lepas, percaya bahawa lokasi Singapura adalah ideal, terutama untuk keupayaan pelancaran pada masa depan.

“Kekayaan Singapura telah lama diraih ekoran lokasinya. Ini berkembang pada akses angkasa lepas. Tapak berdekatan khatulistiwa seperti Singapura adalah baik kerana ia membolehkan pelancaran satelit secara langsung pada setiap jenis orbit, tanpa sembarang gerakan yang luas di angkasa lepas,” katanya.

Syarikat Equatorial Space Systems menyasarkan untuk menawarkan akses angkasa lepas dengan risiko, kos dan kesan persekitaran yang lebih rendah berbanding menggunakan penyelesaian sedia ada, yang sering kali menggunakan sistem propelan cair yang boleh meletup dan mahal.

Roket Demonstrator Altitud Rendah yang dilancarkan di Malaysia menjadi penerbangan ujian roket prototaip yang dibina secara komersial yang pertama di Asia Tenggara pada Disember 2020.

Pada Februari, Transcelestial, sebuah syarikat pemula komunikasi laser tanpa wayar yang berpangkalan di Singapura, menerima AS$10 juta dalam putaran Siri A2 iaitu tahap pendanaan awal dari Airbus Ventures. 

Ia bertujuan membangun gugusan satelit kecil yang diletakkan di orbit bumi yang rendah, membolehkan rangkaian lasernya dipancarkan bukan sahaja di seluruh bandar, bahkan juga ke atas untuk menghubungkan benua.

Transcelestial menggunakan teknologi komunikasi laser tanpa wayar hak milik syarikat itu untuk mencipta satu rangkaian pengagihan tanpa wayar di antara bangunan, menara sel tradisional, tiang aras jalanan dan prasarana fizikal lain.


Ia mendakwa bahawa ini bermakna kos operasi yang lebih rendah untuk pengendali rangkaian mudah alih, perkhidmatan Internet dan perusahaan. 

Namun, terdapat cabaran untuk sektor angkasa lepas Singapura yang masih aktif, terutama semasa industri menghadapi masalah ekonomi makro.

Firma modal teroka Space Capital dari Amerika Syarikat mendedahkan bahawa pelaburan sejagat bagi syarikat pemula angkasa lepas mengalami kemerosotan lebih 50 peratus pada 2022, susut kepada AS$21.9 bilion daripada paras tertinggi sebanyak AS$45.7 bilion pada 2021, apabila pelabur berpusu-pusu beralih ke pertaruhan lebih selamat di tengah-tengah prospek ekonomi yang semakin teruk.

Kekurangan prasarana dan tenaga kerja Singapura juga merupakan cabaran pada ekosistem syarikat pemula angkasa lepas. 

Ketua eksekutif dan pengasas bersama Transcelestial, Encik Rohit Jha, berkata industri angkasa lepas Singapura tidak mempunyai sejarah atau sumber seperti Amerika Syarikat, Russia, India dan China. Ini menjadikan ia sukar “melancarkan sesuatu dari tanah”. 

“Syarikat pemula angkasa lepas mudah gagal dan sangat sukar dilaksanakan secara sederhana,” kata beliau merujuk kepada bajet angkasa lepas yang agak kecil di Singapura dan bekalan bakat teknologi angkasa lepas yang terhad.

“Namun Singapura mempunyai tenaga kerja teknikal yang tinggi dan hebat dalam mengimport, mengekal dan mempertingkatkan bakat,” tambah Encik Jha.

Cik Hwai Lin Khor, Naib Presiden syarikat pemula semikonduktor, Zero-Error Systems, setuju bahawa Singapura mempunyai ekosistem permulaan angkasa lepas yang kecil dan bakatnya yang terhad adalah “cabaran utama”.

“Walaupun kadangkala dipertikaikan bahawa Singapura mempunyai kumpulan bakat yang besar dalam semikonduktor, perniagaan angkasa lepas Zero-Error Systems seperti syarikat semikonduktor yang sangat khusus dan berkebolehpercayaan tinggi dengan kumpulan tenaga manusia adalah kecil,” katanya.

Cik Khor juga menyatakan ketegangan geopolitik antara Amerika dengan China bermakna syarikat pemula yang berpangkalan di Singapura seperti Zero-Error Systems “perlu memilih salah satu daripada dua pasaran”, yang merupakan ekonomi terbesar dunia.

Diasaskan pada 2019 sebagai syarikat berdikari dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Zero-Error Systems menawarkan penyelesaian komponen elektronik yang dipatenkan untuk menjaga peranti semikonduktor komersial yang tidak direka bentuk untuk bertahan dalam keadaan yang teruk di angkasa lepas. 

Syarikat permulaan itu memperoleh AS$7.5 juta dalam putaran pendanaan awal yang mempunyai permintaan tinggi pada Jun daripada pelabur termasuk Airbus Ventures dan Dart Family Office.







Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Singapura berada dalam kedudukan yang menyokong syarikat pemula angkasa lepas, dengan daya usaha yang ditawarkan oleh kededua pemerintah dan pertubuhan bukan pemerintah. 

Pertubuhan bukan pemerintah Singapore Space and Technology Limited (SSTL) melancarkan program pemecut berasaskan angkasa lepas pada 2020 yang telah menyokong 44 syarikat pemula setakat ini.


Disokong Enterprise Singapore, pemecut itu bekerjasama dengan kededua syarikat pemula setempat dan antarabangsa dengan tahap kematangan berbeza, daripada paras benih hingga Siri B. 

Ketua eksekutif Space Faculty, Cik Lynette Tan, dan syarikat induknya, SSTL, berkata Singapura adalah tempat pelancaran yang sesuai bagi syarikat pemula angkasa lepas kerana kemudahan melaksanakan perniagaan dan prasarana kewangan yang kukuh untuk menyokong penajaan dana.

Beliau turut menegaskan bahawa sikap neutral negara adalah faktor utama. 

“Singapura adalah tempat neutral buat perniagaan dalam persekitaran politik bagi teknologi angkasa lepas,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >