Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taiwan adakan pilihan raya tempatan

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



TAIPEI: Pemerintah Taiwan mengadakan pilihan raya tempatan semalam bagi menentukan kekuatan parti politik utama pulau itu menjelang pilihan raya presiden 2024.



Rakyat Taiwan akan memilih datuk bandar, ahli majlis bandar raya dan pemimpin tempatan lain di semua 13 daerah dan enam bandar utama, dalam pilihan raya yang dikawal rapi.



Dalam pada itu, terdapat juga pungutan suara untuk menurunkan umur mengundi daripada 20 kepada 18 tahun di mana undian dibuka pada jam 8:00 pagi (waktu tempatan).



Walaupun pemerhati antarabangsa dan parti pemerintah cuba mengaitkan pilihan raya dengan wujud ancaman jangka panjang dari jiran Taiwan, tetapi ramai pakar tempatan tidak merasakan China mempunyai peranan yang besar kali ini.



Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-Wen menggambarkan pilihan ini lebih daripada pilihan raya tempatan yang biasa, dengan menyatakan seluruh dunia sedang memerhatikan bagaimana Taiwan mempertahan demokrasinya di tengah-tengah ketegangan yang dihadapi dengan China, yang mendakwa kepulauan itu adalah sebahagian daripada wilayahnya.



"Taiwan kini berdepan dengan tekanan luaran yang sangat hebat. Peluasan kekuasaan China kini mencabar rakyat Taiwan setiap hari yang menyekat kebebasan dan demokrasi," kata Cik Tsai kepada penyokongnya kelmarin.



Pilihan raya ini berlangsung sebulan selepas Parti Komunis China mengadakan kongres ke-20 di mana Presiden Xi Jinping menjamin penggal ketiga kepimpinannya - sesuatu yang Cik Tsai kerap ulangi sepanjang masa berkempen.



Terdahulu, calon menghabiskan baki seminggu sebelum hari pengundian di mana Shih-chung dari DPP berarak melalui Taipei dengan perarakan besar; Encik Chiang Wan-an, calon datuk bandar parti Nasionalis, membuat tinjauan di pasar perkakasan, manakala Cik Vivian Huang, calon bebas, melawat gerai makan tengah hari di sebuah pasar.



Pengerusi di Yayasan Pendapat Awam Taiwan, You Ying-lung, berkata jika DPP kehilangan banyak kerusi daerah, maka keupayaan mereka untuk memerintah akan berdepan cabaran yang kuat.



"Keputusan pilihan raya juga akan mencerminkan sikap orang ramai terhadap prestasi parti pemerintah dalam dua tahun lalu," katanya. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >