Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taiwan sentiasa bersedia hadapi gempa

Apr 05, 2024 | 12:56 PM



HUALIEN (Taiwan): Apabila gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda daerah pantai timur Hualien dan sebahagian besar kawasan luar bandar di Taiwan pada 3 Mac, pegawai tempatan, Encik Chang Tung-yao, tahu apa yang perlu dilakukan, setelah mengalami gegaran serupa enam tahun sebelumnya.


Dalam tempoh dua jam selepas gempa itu, yang berlaku sebelum 8 pagi ketika orang ramai bersiap untuk bekerja, Encik Chang berkata pusat perlindungan kecemasan telah diaturkan di sekolah berhampiran, di mana lebih 130 penduduk akhirnya bermalam di situ.

“Hubungan bersama dengan jabatan pemerintah adalah kuncinya,” kata Encik Chang, ketua kejiranan peringkat rendah di Taiwan, kepada Reuters.


Sejak gempa bumi bermagnitud 6.4 pada 2018, yang mengakibatkan tujuh orang maut, Encik Chang berkata pihak berkuasa tempatan telah memperkukuh penyelarasan dengan unit pemerintah dan pertubuhan bukan pemerintah, untuk mengatur tindak balas dan bantuan bencana.

Kali ini, pegawai daerah dan polis, bersama unit lain yang membantu memindahkan penduduk di kawasan terjejas di pusat bandar Hualien, bekerjasama untuk membersihkan salah satu bangunan yang rosak sebelum ia boleh runtuh dalam sebarang gegaran susulan.

“Semua orang menjalankan tugas mereka. Pemerintah daerah dan pejabat pentadbiran tempatan bekerjasama untuk mengurangkan kerosakan sebanyak mungkin,” kata Encik Chang.

Taiwan tidak asing dengan gempa bumi. Ia terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik dan kebanyakannya tertumpu di sepanjang pantai timur terutamanya luar bandar yang tidak ramai penduduk.

Wilayah itu juga menjadi tarikan utama pelancong dengan pergunungan, pusat peranginan mata air panas dan kawasan perladangan yang tenang.

Lebih 100 orang terbunuh dalam gempa bumi di selatan Taiwan pada 2016, manakala gempa bumi berukuran 7.3 magnitud membunuh lebih 2,000 orang pada 1999.

Gempa bumi pada 1999 itu, yang biasanya dirujuk sebagai “gempa 921” seperti yang melanda pada 21 September, adalah dorongan kepada pemerintah untuk menyemak semula kod bangunan dan mengukuhkan undang-undang pengurusan bencana.

Tanggal 21 September kini merupakan hari yang ditetapkan untuk latihan bencana di seluruh Taiwan.

Pada hari itu, mesej amaran latihan untuk bencana seperti gempa bumi dan tsunami, dihantar ke telefon bimbit rakyat negara itu, termasuk sekolah di sekitarnya untuk mengadakan latihan pemindahan peringkat pulau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >