Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taleban halang pelajar wanita lanjut pengajian uni di UAE

Aug 24, 2023 | 12:05 PM



DUBAI: Pentadbiran Taleban di Afghanistan dikatakan telah menghalang ratusan pelajar wanita Afghanistan daripada memasuki Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melanjutkan pengajian,


Ketua kumpulan konglomerat yang berpangkalan di Dubai, Encik Khalaf Ahmad Al Habtoor, yang menawarkan biasiswa kepada pelajar wanita ini mengatakan sekitar 100 wanita disekat daripada meninggalkan Afghanistan.

“Adalah sukar bagi saya untuk menyatakan rasa kecewa saya rasakan sekarang.

“Ini kerana saya telah menyediakan biasiswa pendidikan kepada pelajar wanita ini dan sayangnya mereka tidak dapat berlepas ke lapangan terbang Dubai,” kata Encik Khalaf yang merupakan Pengerusi Kumpulan Al Habtoor, pada Rabu di platform X, sebelumnya dikenali sebagai Twitter.

Beliau menjelaskan: “Saya merancang untuk membiayai kos pendidikan wanita-wanita ini di universiti dan telah menyewa sebuah pesawat untuk membawa mereka ke UAE pada Rabu pagi. Bagaimanapun, pentadbiran Taleban telah menolak kebenaran ini dan melarang mereka daripada menaiki pesawat ke sini.

“Ini walaupun kami telah membayar tiket penerbangan serta menguruskan segala kos termasuk penginapan, pengangkutan, pendidikan dan keselamatan.”

Jurucakap Taleban tidak bersedia untuk memberikan komen dan begitu juga Kementerian Hal Ehwal Luar Afghanistan tidak memberikan sebarang respons.

Encik Khalaf mendesak semua pihak yang terlibat agar segera membantu pelajar-pelajar yang berhadapan dengan kesukaran itu.

“Ini merupakan tragedi yang mendalam, satu pukulan terhadap prinsip-prinsip kemanusiaan, pendidikan, kesaksamaan dan keadilan,” katanya.

Malah, Encik Khalaf turut menyatakan bahawa terdapat beberapa pelajar yang ditemani oleh mahram lelaki, namun tetap dihalang daripada menaiki penerbangan.

Pentadbiran Taleban sebelum ini telah menutup universiti dan sekolah menengah bagi pelajar perempuan di Afghanistan.

Pada Disember 2020, Kementerian Pendidikan Tinggi Afghanistan yang ditadbir oleh Taleban menggantung akses pelajar wanita ke universiti sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Tindakan itu mengundang kecaman hebat dari Amerika Syarikat, Britain dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Warga Afghanistan masih diberi kebenaran untuk keluar negara, tetapi kebiasaannya memerlukan syarat yang mana wanita Afghanistan yang melakukan perjalanan jauh haruslah ditemani oleh mahram lelaki seperti suami, bapa, atau abang mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >