Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Taleban mula hidupkan semula Kabul, Biden pertahan pengunduran Amerika Syarikat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Taleban mula hidupkan semula Kabul, Biden pertahan pengunduran Amerika Syarikat

Aug 17, 2021 | 06:23 PM

KABUL: Taleban mula bertindak dengan menghidupkan semula ibu negara Afghanistan selepas mengambil alih Kabul dan memberitahu kakitangan pemerintah untuk kembali bekerja.

Bagaimanapun, penduduk tetap berhati-hati dan hanya beberapa wanita turun ke jalanan.

Taleban berusaha untuk menonjolkan suasana pemerintahan sederhana termasuk mengumumkan pengampunan umum untuk pekerja pemerintah.

“Mereka yang bekerja di mana-mana bahagian atau jabatan pemerintah harus menjalankan tugas mereka dengan penuh kepuasan dan meneruskan tugas tanpa rasa takut,” menurut Taleban dalam satu kenyataan.

Beberapa kedai juga dibuka ketika polis trafik kembali ke jalanan, sementara pegawainya merancang pertemuan diplomatik pertama dengan duta besar Russia.

Seorang pegawai Taleban juga diwawancara oleh seorang wartawan wanita di saluran berita Afghanistan.

Namun, sekolah dan universiti masih ditutup, beberapa wanita secara terbuka turun ke jalanan dan lelaki menggantikan pakaian Barat kepada pakaian tradisional.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan masyarakat antarabangsa mesti memastikan Afghanistan tidak menjadi tempat melahirkan keganasan.

“Dunia sedang memerhatikan,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Taleban menguasai negara itu Ahad lalu ketika Presiden, Ashraf Ghani melarikan diri dan pemberontak masuk ke Kabul tanpa tentangan.

Penguasaan Taleban berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menarik balik tenteranya dari negara itu, dengan tanggapan yang salah bahawa tentera Afghanistan dengan dana dan latihan berbilion dolar AS cukup kuat untuk melawan Taleban.

Biden mengecam pemerintahan Ashraf dan menegaskan beliau tidak menyesal dan menekankan pasukan AS tidak dapat mempertahankan negara yang pemimpinnya ‘menyerah dan melarikan diri’.

“Kami memberi mereka setiap peluang untuk menentukan masa depan mereka sendiri tetapi kami tidak dapat memberikan mereka kehendak untuk memperjuangkan masa depan itu.

“Pasukan Amerika tidak boleh dan tidak akan berperang dalam perang yang mengorbankan nyawa di mana pasukan Afghanistan sendiri tidak melakukannya,” katanya.

Sebelum ini, rakaman menunjukkan puluhan ribu orang berusaha melarikan diri dari Afghanistan untuk melepaskan diri dari pemerintahan di bawah Taleban atau takut akan pembalasan langsung kerana berpihak kepada AS yang memerintah selama dua dekad. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3