Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taleban tuntut 'kuasa terbesar' dalam pemerintah

Duta AS: Pemerintah Afghanistan, pasukan militan masih 'jauh bertentangan' dalam rundingan damai
Aug 05, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pemerintah Afghanistan dan pasukan militan Taleban masih "jauh bertentangan" dalam satu rundingan yang disokong Amerika Syarikat bagi menghasilkan perdamaian di negara itu.



Ini berlaku sedang pasukan militan itu menuntut "kuasa terbesar" dalam pemerintah baru, kata utusan khas Amerika kelmarin.



Penilaian kurang baik oleh diplomat veteran kelahiran Afghanistan itu, Encik Zalmay Khalilzad, mengenai proses perdamaian itu datang sedang Taleban cuba menguasai ibu kota beberapa wilayah, mencetuskan pelarian puluhan ribu orang awam sedang pengunduran tentera Amerika kian selesai setelah 20 tahun berperang di negara itu.



"Pada detik ini, mereka (Taleban) menuntut agar mereka diberi kuasa terbesar dalam pemerintahan baru memandangkan keadaan tentang seperti yang mereka lihat," kata Encik Khalilzad dalam Forum Keselamatan Aspen yang diadakan secara maya.



Rundingan yang masih buntu di Doha itu menjadi isu utama panggilan telefon kelmarin antara Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, dan Presiden Afghanistan, Encik Ashraf Ghani, dengan mereka bersetuju perlunya mempercepat rundingan itu, ujar Jabatan Negara Amerika.



Kededua pemimpin itu juga "mengutuk serangan Taleban yang sedang berlaku sekarang dan pelarian penduduk awam", kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Ned Price, dalam satu kenyataan.



Serangan Taleban mendorong kebimbangan bahawa kumpulan itu mahu menghidupkan semula pemerintahan tegar mereka, termasuk penindasan terhadap wanita dan media bebas, yang berakhir selepas kemasukan pasukan antarabangsa pimpinan Amerika pada 2001.



Taleban mengatakan mereka mahukan satu perjanjian damai.



Encik Price memberitahu wartawan kumpulan militan itu akan menjadi "paria antarabangsa" jika mereka mengingkari komitmen mereka kepada rundingan "dan keprihatinan kami semua, salah satu daripada banyak kebimbangan, ialah akibatnya akan berlaku perang saudara".



Encik Khalilzad adalah arkitek utama perjanjian Amerika-Taleban bagi pengunduran pasukan Amerika dari negara itu yang dicapai pada Februari tahun lalu.



Dalam penilaian yang jarang dilakukannya mengenai perundingan Doha yang dimulakan berdasarkan perjanjian tersebut, Encik Khalilzad berkata perdamaian hanya dapat dicapai melalui gencatan senjata dan rundingan yang akan mewujudkan satu pemerintahan peralihan.



Pentadbiran Encik Ghani pula mengatakan rundingan itu harus memberi tumpuan pada "membawa Taleban ke dalam pemerintahan sedia ada".



Taleban berpendapat pemerintahan Encik Ghani "adalah hasil penjajahan ketenteraan" dan mereka mahukan kesepakatan mengenai pemerintahan peralihan dan perlembagaan, tambah Encik Khalilzad.



"Mereka masih jauh bertentangan," katanya. "Mereka sedang berusaha mempengaruhi perkiraan dan syarat satu sama lain melalui apa yang mereka sedang lakukan di medan perang."



Encik Khalilzad berkata konflik selama 40 tahun di Afghanistan itu "tidak mempunyai kewajaran lagi".



"Ini adalah satu perjuangan bagi keseimbangan kuasa, dan pembahagian kuasa antara pelbagai kumpulan, dan tidak ada rakyat Afghanistan, terutama warga awam Afghanistan harus mati kerananya," tambah beliau dalam satu kenyataan yang berisiko menimbulkan kemarahan pemerintah Encik Ghani, yang disokong Amerika.



Sementara itu, pemerintah Amerika dan Britain menuduh Taleban melakukan kekejaman yang boleh dianggap sebagai 'jenayah perang' di bandar Spin Boldak di sempadan dengan Pakistan, yang direbut pasukan itu bulan lalu.



Kritikan itu dibuat menyusuli kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bebas Afghanistan bahawa Taleban melakukan pembunuhan balas dendam di bandar tersebut. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >